facet | faset | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Kesan gores yang terdapat pada batu repih atau bilah hasil daripada teknik pukulan secara melintang dari atas ke bawah. Batu repih atau bilah ini biasanya terdiri daripada alat batu zaman Paleolitik. Faset ini ditemui pada artifak yang dijumpai di Kota Tampan, Perak. |
cold short | repih dingin | Kejuruteraan | Tiada | Kerapuhan logam di bawah suhu penghabluran semula. |
workshop site | tapak bengkel | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Tapak yang digunakan oleh manusia untuk membuat peralatan kegunaan harian seperti alat batu, tembikar dan manik. Tinggalan serpihan batu, timbunan batu repih dan artifak yang mempunyai nilai sejarah budaya yang tinggi dijumpai di tapak ini. Contohnya, batu punat bersama dengan sisa repihan ditemui di Lenggong (Perak), menunjukkan bahawa tapak ini digunakan untuk membuat alatan batu Zaman Paleolitik. |
core-blade technique | teknik bilah-inti | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Teknik yang dilakukan menggunakan batu inti. Permukaan atas batu perlu dipukul untuk mendapatkan permukaan yang rata. Kemudian bahagian tepi di repih dengan cara memukul sehingga menjadi bentuk memanjang dan tajam pada hujungnya. Repihan dilakukan pada sekeliling batuan untuk menghasilkan bilah berbentuk cekung. Contohnya, batu inti yang beratnya kira-kira 0.9 kilogram boleh menghasilkan bilah yang panjang kira-kira 23 meter. |
chert | batu chert | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Batuan silika keras yang mengandungi silika opal atau kalsedoni. Batu chert mempunyai bentuk yang seakan-akan bersinar dan amat sesuai digunakan sebagai alat batu repih. Repihan yang lebih kecil pula dikenali sebagai mikrolit dan boleh digunakan sebagai alat memotong. Batu ini sangat keras dan bahagian hujungnya boleh ditajamkan. Contohnya, alat batu dari tapak Poleolitik Akhir di Lembah Tingkayu (Sabah) yang berkembang sekitar 20 000 tahun dahulu. Batu chert juga dikenali sebagai batu rijang. |