rimose | rimos | Biologi | Mikologi | Mempunyai retakan-retakan kecil. rimulus, rimus. |
rimulose | rimulos | Biologi | Mikologi | Mempunyai retakan-retakan yang lebih kecil daripada rimos. |
ladder lode | lod tangga | Geologi | Tiada | Satu daripada suatu siri mendapan mineral di dalam retakan-retakan melintang dan selari yang terbentuk di sepanjang satah-satah foliasi yang serenjang dengan daik sewaktu penyejukannya, atau di sepanjang kekar-kekar kecutan pada batuan basalt atau daik. |
fracture conductivity | kekonduksian retakan | Kejuruteraan | Petroleum | Keupayaan sesuatu retakan yang terhasil daripada suatu operasi peretakan untuk mengalirkan bendalir melaluinya. nilainya sama dengan hasil darab antara lebar retakan purata dengan ketertelapan retakan yang terjadi. Unitnya adalah milidarcy – inci dan simbol umum yang digunakan ialah (C)f. |
crazing | retakan | Kejuruteraan | Tiada | 1. Rangkaian retakan halus di atas atau di bawah permukaan bahan seperti enamel, logam atau plastik.,2. Perkembangan rangkaian retakan di atas permukaan logam.,3. Pemeriksaan bahan penebatan apabila ia diregang dan bersentuhan dengan pelarut tertentu atau wapnya. |
flat and pitch | rataan dan tukikan | Geologi | Tiada | Struktur nendat yang terdiri daripada retakan mengufuk dan retakan mencondong dalam strata endapan. |
fracture acidizin | pengasidan retakan | Kejuruteraan | Petroleum | Teknik pengasidan yang dilaksanakan dengan cara menyuntikkan kadar alir asid atau dengan mengenakan tekanan suntikan yang lebih tinggi daripada tekanan retakan batuan yang bersangkutan sehingga asid mampu untuk mengikis permukaan retakan yang terjadi bagi membentuk saluran aliran linear ke dalam lubang telaga Rujuk : pengasidan. |
crazing | retakan | Perubatan | Tiada | 1. Rangkaian retakan halus di atas atau di bawah permukaan bahan seperti enamel, logam atau plastik. |
burst | retakan; letusan | Kejuruteraan | Tiada | 1. Retakan: Kecacatan dalam unsur bahan api yang menyebabkan terbebasnya hasil belahan.,2. Letusan: Pengeluaran ion yang banyak apabila zarah sinar kosmos melalui kebuk pengionan secara serentak. |
gash fracture | retakan rabit | Geologi | Tiada | Retakan tegangan berskala kecil yang terdapat di pepenjuru pada sesar atau zon sesar, dan cenderung untuk tinggal dengan keadaan terbuka. |