Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rex


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anagnorisisanagnorisisKesusasteraanTiadaKesedaran seseorang watak, biasanya protagonis, mengenai sesuatu yang boleh menyebabkan perubahan kepada aksi, situasi, atau nasib watak tersebut. Contohnya, dalam drama bertajuk Oedipus Rex karya Sophocles, kesedaran berlaku apabila Oedipus mengetahui dia telah membunuh ayahnya sendiri, Laitus. Anagnorisis berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud �kesedaran�.
hamartiahamartiaKesusasteraanTiadaKesilapan perhitungan yang berpunca daripada kejahilan atau kelemahan peribadi watak. Kelemahan ini menyebabkan watak protagonis dalam drama tragedi tersilap langkah sehingga membawa kepada kejatuhannya. Semasa membicarakan tragedi dalam karya Poetics, Aristotle mengatakan bahawa nasib malang yang menimpa seorang wira tragis bukan disebabkan sifat keji tetapi kerana kejahilan atau salah perhitungan. Contohnya dalam drama Oedipus Rex. Watak Oedipus membunuh bapanya kerana didorong oleh desakan spontan, dan beliau mengahwini ibunya kerana kejahilan. Harmatia berasal daripada perkataan Yunani bermaksud �kesilapan dan kegagalan�.
dramatic ironyironi dramatikKesusasteraanTiadaKeadaan atau situasi dalam persembahan (drama, teater) yang diketahui oleh penulis atau penonton, tetapi watak-watak yang menjayakan persembahan itu mungkin tidak mengetahuinya. Persembahan menggunakan kaedah plot yang membolehkan penonton mengetahui lebih banyak tentang situasi sesuatu watak berbanding apa yang disedari oleh watak itu sendiri. Watak bertindak bertentangan dengan apa yang sewajarnya, aksinya memberikan makna yang berlainan kepada penonton. Ramalan boleh meningkatkan kesan ironi dramatik. Contohnya, dalam drama Oedipus Rex, Oedipus mendesak agar mencari pembunuh Creon, tetapi sebenarnya dialah pembunuhnya. Oedipus dapat melihat dengan jelas ketika buta, tetapi semasa celik, dia sebenarnya buta. Lihat juga ironi.
Oedipus complexkompleks OedipusKesusasteraanTiadaNafsu seks seseorang anak lelaki terhadap ibu kandungnya. Istilah ini dipinjam daripada bidang psikiatri. Kajian yang dilakukan oleh Sigmund Freud mendapati anak lelaki yang mencapai usia antara tiga hingga enam tahun akan memasuki satu fasa, iaitu dia mempunyai nafsu seks terhadap ibunya. Perasaan ini timbul kesan daripada rasa persamaan atau identifikasi anak dengan ibunya yang mengakibatkan anak itu berasa cemburu dan benci terhadap bapanya. Si anak mula menganggap bapanya sebagai lawan bagi merebut perhatian dan kasih sayang ibu. Istilah ini mendapat namanya daripada watak Oedipus dalam drama Oedipus Rex yang menceritakan bagaimana Oedipus membunuh ayahnya dan mengahwini ibunya. Dalam budaya Nusantara, konsep ini sudah ada sejak dahulu seperti yang terakam dalam mitos Sunda bertajuk Sangkuriang. Mitos ini diterapkan dalam karya Ajip rosidi yang juga berjudul Sangkuriang. Hal yang sama turut dirasai anak perempuan apabila mempunyai nafsu seks terhadap bapanya, dan situasi ini disebut kompleks Electra. Isti
prologueprologMuzikTiada

 Adegan pengenalan plot sesuatu opera. Kandungan prolog berdasarkan tema opera sama ada secara langsung atau tidak langsung. Prolog merupakan salah satu ciri biasa yang terdapat dalam opera Zaman Barok. Walaupun prolog jarang terdapat dalam opera Zaman Klasik dan Zaman Romantik, namun masih dikekalkan dalam beberapa opera Romantik dan opera abad ke-20. Contoh opera yang mengandungi prolog ialah L'incoronazione di Poppea (1642) oleh Monteverdi, Romeo et Juliette (1867) oleh Gounod, Oedipus rex (1927) oleh Stra­vinsky dan Lulu (1928 -1935) oleh Berg.


Kembali ke atas