giojoso | giojoso | Muzik | Tiada | Gaya yang gembira dan riang. Giojoso biasanya dimainkan dalam tempo muzik yang pantas. |
lustig | lustig | Muzik | Tiada | Pemuzik bermain dengan perasaan yang gembira dan riang dalam tempo yang agak rancak. |
frohlich | frohlich | Muzik | Tiada | Gaya yang riang serta perasaan yang gembira. |
emotion | emosi | Psikologi | Psikologi Umum | Keadaan yang dicirikan oleh perubahan fisiologi dan psikologi yang biasanya dapat dilihat menerusi air muka seseorang. Perkataan ini berasal dari Greek yang bermaksud bergerak, iaitu emosi boleh membuatkan individu bergerak untuk melakukan sesuatu. Apabila perasaan takut, marah atau gembira menyerang individu, badannya akan dirangsang atau dimotivasikan untuk bertindak melakukan sesuatu seperti melarikan diri, menyakitkan orang lain atau ketawa riang. Emosi biasanya dikaitkan dengan tingkah laku adaptif seperti menyerang, melarikan diri, mencari keselesaan, menolong orang lain dan sebagainya. Tingkah laku sedemikian akan membantu individu untuk meneruskan kehidupannya. Perubahan emosi boleh berlaku dalam pelbagai bentuk seperti perubahan dalam kadar denyutan jantung, peningkatan tekanan darah serta perubahan fizikal seperti yang ditunjukkan melalui tangan yang menggeletar, bulu roma meremang dan sebagainya. |