riba’ | riba | Perniagaan Islam | Tiada | Lebihan, tambahan, tidak sama timbangan atau sukatan pada masa berlaku pertukaran barang ribawi dan hukumnya adalah haram. Barang ribawi terdiri daripada wang, iaitu emas, perak atau sebarang mata wang dan bahan makanan seperti bijirin, gandum, garam, daging dan buah-buahan. Riba boleh berlaku dalam urusan hutang piutang dan jual beli bahan ribawi. Riba jual beli terbahagi kepada riba’ yad atau riba’ nasi’ah dan riba’ fadhl. Riba hutang piutang pula terdiri daripada riba’ qard dan riba’ jahiliah. |
riba | riba | Ekonomi | Tiada | Tiada |
riba' yad | riba yad | Perniagaan Islam | Tiada | Tangguhan penerimaan serahan produk yang berlaku dalam pertukaran barangan ribawi yang dilakukan secara tunai sama ada yang sama atau berbeza jenis dan mempunyai ilat produk ribawi yang sama tanpa disebut tempoh tangguhan yang tertentu. Penjenisan riba' yad diterima oleh mazhab Syafii, manakala mazhab Hanafi menyamakankan riba ini seperti riba’ nasi’ah. |
riba' jahiliyyah | riba jahiliah | Perniagaan Islam | Tiada | Penangguhan dalam pembayaran hutang dengan disyaratkan bayaran tambahan. Contohnya, dalam urusan kad kredit, caj tambahan yang dikenakan sekiranya lewat membayar hutang ialah riba jahiliah. |
riba' nasi'ah | riba nasiah | Perniagaan Islam | Tiada | Penangguhan penyerahan atau penerimaan produk ribawi yang sama atau berbeza jenis daripada pihak berkontrak pada waktu yang berbeza. Contohnya, pihak A dan B berurus niaga secara barter melibatkan beras dengan beras, atau beras dengan gandum, tetapi penyerahan salah satu pihak telah ditangguhkan. Urus niaga ini termasuk dalam riba' nasi'ah. Dalam mazhab Syafii, riba' nasi'ah dan riba' yad hanya berlaku bagi pertukaran produk ribawi yang berbeza jenis sahaja. |
riba' fadl | riba fadlu | Perniagaan Islam | Tiada | Tambahan atau lebihan yang berlaku dalam pertukaran serentak pada salah satu daripada dua jenis produk ribawi yang sama jenis dan mempunyai ilat yang sama. Urus niaga ini dilakukan secara sistem barter, iaitu pertukaran produk dengan produk. Contohnya, pertukaran satu gantang beras berkualiti dengan satu setengah gantang beras yang kurang berkualiti. Lebihan setengah gantang beras itu dianggap riba fadlu. Penyelesaian riba ini adalah secara jual beli dengan menggunakan wang atau jual beli bahan ribawi yang memenuhi 3 syarat, iaitu persamaan sukatan atau timbangan, serah terima dalam majlis akad dan pertukaran tidak dibuat secara bertangguh. |
riba' qard | riba hutang | Perniagaan Islam | Tiada | Keuntungan atau faedah yang dikenakan oleh pemiutang terhadap penghutang bagi sejumlah hutang yang diberikan kepadanya. Contohnya, A memberi pinjaman wang kepada B sebanyak RM1,000 dengan dikenakan faedah 7 peratus sebulan bagi tempoh 3 bulan. Lebihan sebanyak RM210 itu ialah riba. |
rebana riba | rebana riba | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram yang berbingkai. <i>Lihat juga i>rebana redap. |
laptop computer | komputer riba | Teknologi Maklumat | Tiada | Komputer mudah alih yang beratnya kurang daripada enam kilogram, mempunyai paparan leper dan papan kekunci digabungkan pada kasing unit sistem. Kebanyakannya juga mempunyai port selari, port sesiri dan penyambung kepada monitor dan papan kekunci luaran. Bekalan kuasa diperoleh daripada kuasa elektrik AC dan/atau kuasa bateri. Kini komputer riba sering disinonimkan dengan komputer buku nota. Lihat juga komputer buku. |
laptop computer | komputer riba | Teknologi Maklumat | Tiada | Komputer mudah alih yang beratnya kurang daripada enam kilogram, mempunyai paparan leper dan papan kekunci digabungkan pada kasing unit sistem. Kebanyakannya juga mempunyai port selari, port sesiri dan penyambung kepada monitor dan papan kekunci luaran. Bekalan kuasa diperoleh daripada kuasa elektrik AC dan/atau kuasa bateri. Kini komputer riba sering disinonimkan dengan komputer buku nota. Lihat juga komputer buku. |