electrical storm | ribut elektrik | Sains | Hidrometeorologi | 1. Ribut petir. 2. Keadaan medan elektrik atmosfera yang terganggu dan jarang-jarang terjadi di bahagian bawah atmosfera apabila angin kencang bertiup, dengan banyak debu terdapat dalam udara, tetapi tidak melibatkan aktiviti ribut petir. 3. Sama dengan ribut arus bumi. |
electrical storm | ribut elektrik | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | 1. Ribut petir. 2. Keadaan medan elektrik atmosfera yang terganggu, yang jarang-jarang terjadi di bahagian bawah atmosfera apabila angin bertiup kencang, dan berdebu, tetapi tanpa ribut petir. |
storm | ribut | Sains | Hidrometeorologi | 1. Sebarang keadaan gangguan atmosfera, terutamanya yang memberi kesan kepada permukaan bumi dan merujuk cuaca yang boleh membinasa ataupun cuaca yang buruk. Sekurang-kurangnya ada tiga pendapat yang berlainan berkenaan dengan ribut. Pertama, dalam meteorologi sinoptik, ribut merupakan gangguan individu lengkap yang dikenali dalam carta sinoptik (atau melalui alat meteorologi seperti radar), sebagai gabungan tekanan, angin, awan, kerpasan dan lain-lain. Oleh itu, jenis ribut menjulat mengikut skala dari tornado dan ribut petir, menjangkau siklon tropika, hingga ke siklon luar tropika yang meluas. Kedua, dari sudut tempatan dan khusus, ribut ialah kejadian fana yang dikenal pasti dari segi kehebatan atau kebinasaannya. Dalam hal ini ribut dirujuk kepada ribut hujan, ribut angin, ribut hujan batu, ribut salji, dan lain-lain. Jenis ribut yang khas ialah ribut salji, ribut ais, ribut pasir dan ribut habuk. Bagi ahli hidrologi, ribut pada dasarnya mencakup curahan hujan dalam ruang dan masa di kawasan tertentu. 2 |
barber | barber | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | 1. Ribut ganas dilaut yang membekukan semburan air dan kerpasan pada kapal. 2. Sama dengan asap ibun. |
storm tide | pasang surut ribut | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | 1. Sama dengan luruan ribut. 2. Ketinggian luruan ribut atau gelombang taufan yang melebihi ketinggian aras laut mengikut ramalan astronomi. |
storm | ribut | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | 1. Gangguan atmosfera yang dikenali dalam carta sinoptik sebagai gabungan unsur cuaca seperti tekanan, angin, awan, dan kerpasan. Ribut ini merangkumi ribut petir, tornado, siklon tropika, dan siklon luar tropika. 2. Dalam skala angin Beaufort, angin yang bertiup dengan kelajuan 48 hingga 55 knot. |
sandstorm | ribut pasir | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Angin kuat yang menerbangkan zarah pasir yang berdiameter 0.08 mm hingga 1 mm ke udara, biasanya diterbangkan ke ketinggian kurang daripada 2 m dari permukaan bumi dan jarang melepasi ketinggian 11 m. Ribut pasir selalunya berlaku di kawasan padang pasir akibat angin kuat yang disebabkan oleh pemanasan permukaan. Ribut pasir cenderung berlaku di waktu siang dan reda pada waktu malam. Bagi laporan sinoptik, ribut pasir dilaporkan apabila ketampakan mendatar kurang daripada 1000 m. |
blizzard | ribut salji | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Ribut ganas musim sejuk yang bertiup sekurang-kurangnya selama 3 jam pada suhu di bawah aras beku dan disertai salji yang mengakibatkan ketampakan kurang daripada 1 km. |
rainfall maximization | pemaksimuman hujan | Hidrologi | Tiada | (1) Pemaksimuman kelengasan: proses melaras kerpasan ribut ke atas kepada nilai teori yang akan dicapai sekiranya kandungan kelengasan udara berada di takat maksimum bagi sesuatu tempat dan musim dengan keadaan lain ribut itu tidak berubah. |
tropical storm | ribut tropika | Sains | Hidrometeorologi | 1. Kenyataan umum bagi sebarang lekukan yang berasal dari tropika. 2. Taburan tropika dengan laju maksimum angin kurang daripada kira-kira 34 knot. kriteria berubah mengikut perjanjian wilayah antara Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan. |