deficiency reserve | rizab kekurangan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Rizab tambahan yang diperlukan apabila rizab premium kasar yang dibenarkan oleh syarikat insurans hayat untuk kelas polisi tertentu adalah lebih rendah daripada rizab premium paras bersih. |
full preliminary term reserve | rizab bertempoh awalan penuh | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kaedah untuk mengira rizab insurans hayat yang mengandaikan bahawa rizab pada akhir tahun pertama ialah sifar dan rizab untuk tahun berikutnya dikira dengan menggunakan premium bersih untuk umur yang satu tahun lebih tua dan tempoh perlindungan yang dikurangkan dengan satu tahun. |
statutory reserve | rizab berkanun | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Rizab yang ditetapkan oleh undang-undang sama ada rizab tertentu atau am. |
Fackler reserve valuation method | kaedah penilaian rizab Fackler | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kaedah penilaian yang menggunakan kaedah rekursif untuk mendapatkan nilai rizab pada akhir tahun berdasarkan maklumat nilai rizab pada awal tahun. |
riparian reserve | rizab sungai | Kejuruteraan | Tiada | Tanah rizab di pinggir sungai untuk mengekalkan kestabilan sungai dan operasi kerja penyelenggaraan dan aktiviti yang merosakkan tebing tidak dibenarkan. Sinonim: river reserve |
river reserve | rizab sungai | Kejuruteraan | Tiada | Tanah rizab di pinggir sungai untuk mengekalkan kestabilan sungai dan operasi kerja penyelenggaraan dan aktiviti yang merosakkan tebing tidak dibenarkan. |
continuous reserve | rizab selanjar | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Rizab yang dibentuk melalui pembayaran premium selanjar serta pemberian kredit faedah setiap ketika terhadap premium tersebut dan penolakan koinsurans pada saat kematian. |
valuation reserve | rizab penilaian | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Rizab ke atas kontingensi yang nilai aset, khususnya pelaburan, mungkin lebih tinggi daripada apa yang sebenarnya, atau liabiliti yang mungkin berlebihan daripada penilaian yang dibuat. |
prospective reserve | rizab prospektif | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Rizab insurans hayat atau kesihatan yang dianggarkan mencukupi untuk membayar tuntutan masa hadapan apabila ditambah premium, kadar faedah dan faedah pemandiri. |
initial reserve | rizab awal | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Jumlah rizab polisi pada awal tempoh dengan premium yang dibayar pada tempoh tersebut. |