Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Ringgit Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rm


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
‘aqd munjizakad berkuat kuasa segeraPerniagaan IslamTiadaAkad yang dilakukan oleh dua pihak dengan lafaz tanpa syarat. Contohnya, pernyataan "Saya jualkan kereta ini dengan harga RM 40 000 kepada awak" dan dijawab "Saya terima". Akad jual beli ini memberi kesan segera apabila memenuhi rukun dan syaratnya, dan berlaku pertukaran dan bayaran. Walau bagaimanapun, terdapat dua bentuk akad munjiz yang tidak terlaksana secara segera, iaitu akad wasiat dan akad melantik wasi. Kedua-dua akad muamalat ini berkuat kuasa secara mutlak selepas kematian pewasiat atau wali. Sinonim lafaz berkuat kuasa segera.
Biot numbernombor BiotKejuruteraanKejuruteraan KimiaNisbah rintangan haba dalam bahagian tengah satah terhadap rintangan permukaan saput yang dijelaskan sebagai Bi = hrm/l, dengan Bi = nombor Biot, rm = jarak tengah satah (m), h = pekali rintangan haba dalam satah (J/m2 K), l = pekali rintangan haba permukaan saput (J/m2 K).
symbolsimbolMatematikTiadaTanda, huruf atau rajah yang mewakili objek atau benda yang sebenar. Misalnya p, q, r, ... mewakili anu; 7, 8, 9, ... mewakili nombor; ∆ mewakili segi tiga; + mewakili operasi bahagi; RM mewakili Ringgit Malaysia.
Mie potentialkeupayaan MieKejuruteraanKejuruteraan KimiaKeupayaan yang menjelaskan daya antara molekul tak berkutub, yang berbentuk sfera serta bersimetri tinggi dan jauh terpisah (iaitu larutan cair). Keupayaan keseluruhan GTOT molekul ini dianggarakan sebagai GTOT = A/rn � B/rm, dengan A dan B = pemalar, n dan M = eksponen. Nilai A dan B ditentukan daripada data eksperimen kelikatan, resapan diri, dan juga sifat isi padu gas. Nilai n dan m pula ditentukan secara teori. Lazimnya 8 < n < 16 dan m = 8. Keupayaan ini merupakan asas penerbitan keupayaan Lennard-Jones dan digunakan untuk menganggarkan sifat termodinamik dan pengangkutan gas cair tak berkutub.
exponent-6 potentialkeupayaan eksponen-6KejuruteraanKejuruteraan KimiaKeupayaan yang disarankan untuk meramalkan daya antara molekul bagi molekul tak berkutub dengan membuat andaian bahawa komponen daya tarikan menurut daya London dan komponen daya tolakan amat peka dengan jarak antara molekul. Dengan ini,komponen daya tolakan bentuk eksponen yang berkadaran songsang dengan jarak antara molekul kuasa enam. Keupayaan ini dianggarkan sebagai (rujuk m/s 155) dengan G = keupayaan, e = kedalaman telaga keupayaan pada rm, � = kecerunan dinding daya tolakan, r = jarak jejari antara molekul, rm = jarak jejari antara molekul minimum. Model ini ialah keupayaan Sutherland jika nilai � menghampiri ketakterhinggaan.
fourth-generation language (4GL)bahasa generasi keempat (4GL)Teknologi MaklumatTiadaBahasa aras tinggi atau bahasa berorientasi masalah. Bahasa ini lazimnya digunakan untuk mencapai maklumat dari fail dan pangkalan data. Kebiasaannya digabungkan dengan perisian sistem pengurusan pangkalan data (DBMS). Mudah digunakan untuk membangunkan sistem maklumat atau aplikasi berasaskan pangkalan data. Contohnya ialah bahasa pertanyaan (cth. SQL, QBE dan Intellect), penjana laporan (untuk menjana pertanyaan dan laporan dari pangkalan data), penjana aplikasi, dan pereka bentuk borang. Contoh segmen atur cara dalam bahasa SQL adalah seperti berikut: SELECT Nama, Alamat, No_hp FROM Pelanggan WHERE Bil_telefon > 100.00 ORDER BY Nama Pertanyaan SQL di atas mengarahkan komputer untuk memilih nama, alamat dan nombor telefon bimbit pelanggan dari fail Pelanggan yang bil telefonnya melebihi RM 100.00 dan senarai tersebut disusun mengikut tertib Nama.

Kembali ke atas