Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ro.ha.niah] | روحانيه

Definisi : Ar 1. bkn dgn roh, rohani: secara ~, manusia itu bebas; 2. kerohanian: nilai-nilai hidup ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ro.ha.niah] | روحانيه

Definisi : 1 bkn dgn roh; rohani. 2 sifat-sifat rohani; kerohanian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rohaniah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anagogic interpretationtafsiran anagogiKesusasteraanTiadaTafsiran terhadap kata-kata atau karangan yang bercorak mistik atau rohaniah. Tafsiran ini berasal daripada sistem ganda empat (fourfold) dalam mentafsirkan Bible yang dominan pada Zaman Pertengahan dan Zaman Pembaharuan. Mengikut sistem ini, terdapat empat peringkat makna, iaitu peringkat harfiah dan sejarawi, alegori, tropologi, dan anagogi. Tafsiran anagogi memperoleh makna dengan merujuk kepada dimensi mistik atau rohaniah. Salah satu contoh terkenal penggunaan kaedah tafsiran ganda empat ialah tafsiran tentang peristiwa Exodus. Pada peringkat harfiah, peristiwa ini adalah mengenai kaum Ibrani yang dibebaskan dan keluar dari Mesir. Secara alegori, tafsiran ini merujuk kepada kisah Jesus sebagai penyelamat gereja atau penganut Kristian. Secara tropologi, tafsiran ini merujuk kepada pembaca Kristian yang mengalami transformasi daripada manusia yang berdosa kepada manusia yang dirahmati. Manakala secara anagogi, tafsiran merujuk kepada roh manusia yang bergerak dari keterikatan material kepada kewujudan yang
anagogeanagogiKesusasteraanTiadaTafsiran kata-kata atau karangan yang tidak bercorak mistik atau rohaniah.
anagogyanagogiKesusasteraanTiadaTafsiran kata-kata atau karangan yang tidak bercorak mistik atau rohaniah
anagogic visionvisi anagogikKesusasteraanTiadaPersepsi berlapis yang digunakan oleh pengarang untuk menyatakan fikiran dan perasaannya pada paras yang pelbagai dan serentak. Persepsi atau pentafsiran mendedahkan makna yang tertinggi, iaitu makna rohaniah atau mistik di sebalik teks. Menurut Flannery O�Connor, visi anagogik merupakan suatu visi yang harus dimiliki atau dibina oleh pengarang untuk menambah makna teksnya. Menurut O. Connor, visi inilah yang dapat memperlihatkan pelbagai paras realiti dalam suatu imej atau situasi.
kabbalahkabbalahKesusasteraanTiadaPengucapan Ibrani yang bersumberkan kitab suci Yahudi seperti yang terdapat dalam Perjanjian Lama agama Kristian. Kabbalah merupakan pengajaran midrash yang bersifat esoterik. Midrash ialah tafsiran rohani oleh rabbi Yahudi terhadap cerita ibarat, pelbagai cerita komentar dan beberapa teks lain. Teks klasik kabbalah, iaitu Zohar (Buku Kehebatan) mempunyai hubungan dengan gnostisisme. Zohar merupakan komentar yang bertujuan untuk mendedahkan makna ghaib atau rohaniah dalam pentateuch yang berkaitan dengn struktur alam ketuhanan dan kehidupan azali. Kabbalah telah menarik minat kalangan humanis Zaman Pembaharuan (Renaissance) dan tersebar luar di Barat pada abad ke-16 dan ke-17. William Blake ialah penyair Barat yang mengungkapkan idea dan simbol kabbalah secara jelas. Puisinya tentang Albion berdasarkan idea Adam Kadmon, manakala puisi Zoas dan Emanations mempunyai persamaan yang ketara dengan Sefirot. Begitu juga tanggapan Blake tentang dosa sebagai punca segala kejahatan. Idea seperti ini mempunyai pengaruh

Kembali ke atas