Ahli muzik dan penyajak dari Perancis Utara yang popular pada abad ke-12 dan abad ke-13. Sebanyak 2130 buah puisi dalam bahasa Perancis dan 1420 lagu oleh trouvere masih wujud. Lagu trouvere bertekstur monofoni dan digubah secara silabik. Bentuk baris ulang merupakan salah satu ciri utama lagu trouvere. Perrin D'Angicourt (sekitar tahun 1245 -1270), Thibaut IV, Roi de Navarre (sekitar tahun 1202-1253) dan Adam de la Halle (sekitar tahun 1250-1288) adalah antara trouvere utama.
Thanks for clicking. That felt good.