reaction control system | sistem kawal reaksi | Aeroangkasa | Tiada | Roket-roket tujahan yang digunakan untuk mengawal atitud sesebuah pesawat. |
Laval nozzle | muncung Laval | Kejuruteraan | Tiada | Muncung tumpu-capah yang digunakan dalam roket-roket tertentu. |
rocket engine | enjin roket | Mekanik | Gunaan | Enjin yang digunakan untuk menghasilkan pendorongan roket. Enjin roket berjalan dengan cara yang serupa dengan enjin jet tetapi enjin roket ini tidak menggunakan udara sebagai pengoksida pembakaran bahan api. Sebaliknya, pengoksida dibawa dalam kenderaan yang berkenaan. Dengan cara ini, roket boleh bergerak walaupun berada di luar atmosfera bumi. Lihat juga pendorongan roket, enjin jet. |
test stand | tempat ujian | Aeroangkasa | Tiada | Kemudahan di pangkalan bumi untuk menguji enjin roket dan motor roket. |
nuclear rocket | roket nuklear | Kejuruteraan | Tiada | Roket direjang oleh tenaga yang dihasilkan daripada tindak balas nukleus. |
hybrid rocket | roket hibrid | Aeroangkasa | Tiada | Roket yang menggunakan satu bahan dorong dalam fasa pepejal dan satu lagi dalam fasa cecair. |
control rocket | roket kawalan | Aeroangkasa | Tiada | Roket yang digunakan untuk mengawal ketinggian atau menukar halaju pesawat. |
retro rocket | roket songsang | Aeroangkasa | Tiada | Roket yang menghasilkan daya dorong yang bertentangan dengan arah pergerakan untuk mengurangkan halaju songsang. |
vernier rocket | vernier roket | Aeroangkasa | Tiada | Roket yang mempunyai daya tujahan yang kecil untuk melakukan sedikit perubahan pada trajektori. |
multistage rocket | roket berbilang peringkat | Aeroangkasa | Tiada | Roket pada pesawat pelancar yang dihidupkan secara berperingkat-peringkat. |