Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ro.man] | رومن

Definisi : = peroman ark rupa (muka), paras: lincah benar matanya dan segar sekali ~ muka­­nya; seroman serupa (dgn). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ro.man] | رومن

Definisi : = cerita ~ 1. = buku ~ cerita panjang yg ditulis dlm bentuk prosa, novel: ~ ini di­karang oleh Tuan Hamka sebelum Perang Dunia Kedua meletus; ~ kodian (picisan) roman yg sangat rendah nilai sasteranya; ~ masyarakat roman yg menceritakan hal-hal masyarakat; ~ sejarah roman yg berasaskan sejarah; 2. bp percintaan, romen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ro.man] | رومن

Definisi : tangkai padi; penyapu ~ sj penyapu yg dibuat drpd tangkai padi dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ro.man] | رومن

Definisi : ; huruf ~ huruf Rumi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ro.man] | رومن

Definisi : , = peroman rupa; paras; bentuk rupa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ro.man] | رومن

Definisi : , = cerita (buku) ~ cerita panjang yg ditulis dlm bentuk prosa; novel. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ro.man] | رومن

Definisi : tangkai padi yg telah dileraikan padinya (biasanya digunakan utk membuat penyapu dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
roman (kata nama)
Bersinonim dengan roman muka, peroman, rupa, paras, muka, wajah, raut muka, tampang muka, air muka.,

Peribahasa

Tegak seroman-roman,
     duduk serupa-rupa.

Bermaksud :

Kelihatannya seperti orang pandai, tetapi tidak senonoh kelakuannya. roman = rupa.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Roman SchoolRoman (kumpulan)MuzikTiada

 Sekumpulan komposer yang wujud pada akhir abad ke-16 dan permulaan abad ke-17 yang mengekalkan gaya muzik Palestrina (1525-1594). Komposer kumpulan Roman ini mengutamakan muzik liturgi seperti missa dan motetus, dan mengelak daripada bentuk dan genre Zaman Barok, seperti sonata dan konserto. Komposer utama seperti Nanino (1545 -1607) dan Lotti (1667-1740).

romanceromanKesusasteraanTiadaNaratif yang membicarakan tema kewiraan, pencapaian luar biasa wira serta sifat dan cinta kesateriaannya. Makna lain bagi roman ialah karya yang bukan ditulis dalam bahasa Latin dan cerita-cerita kesaterian Perancis lama. Cerita roman sering mengisahkan watak (atau kejadian) dalam dunia istana khayalan yang mengaitkan elemen fantasi, luar biasa, kemewahan, cinta, pengalaman mendebarkan, keajaiban, mitos dan kejahilan. Elemen fanstastik dalam karya roman sering menunjukkan ciri yang tidak realistik dengan watak yang berkemungkinan tidak wujud, latar hias cerita di luar dunia kini. Karya roman secara prinsipnya adalah untuk hiburan, tetapi boleh menjadi didaktik secara tidak sengaja. Watak utama dalam karya roman biasanya digolongkan dalam jenis yang berupa tipa induk. Kekuatan karya roman adalah pada paparan emosi yang dalam, subjektif, dan penuh keghairahan. Pada abad ke-13, karya roman berbentuk cerita pengalaman yang mendebarkan, kesateriaan atau cinta yang ditulis dalam bentuk lirik. Karya sebegini akhirny
roman (printing)roman (percetakan)KomunikasiTiadaTiada
roman ? clefroman ? clefKesusasteraanTiadaPeristiwa sebenar yang disamarkan dalam dunia cereka. Dalam cereka tersebut, pembaca diharapkan dapat mengenal pasti watak atau peristiwa yang disamarkan itu. Contohnya, dalam novel Aldous Huxley berjudul Point Counter Point. Tokoh terkenal seperti D. H. Lawrence dan Oswald Mosely disamarkan melalui nama rekaan.
roman ringgelang romanPendidikanTiadaTiada
roman numberingpangangkaan romanPerpustakaanTiadaTiada
roman typetaip romanPerpustakaanTiadaTiada
Roman systemsistem RomanKejuruteraanTiadaTiada
roman typetaip romanGeografiTiadaTiada
Roman systemsistem RomanGeografiTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas