Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ro.man.tik] | رومنتيک

Definisi : 1. memberikan suasana (gambaran dsb) spt yg terdapat dlm cerita roman (per­cintaan dll); 2. memperlihatkan suasana yg penuh kasih sayang, keindahan, kemesraan, dsb spt dlm alam percintaan: alangkah ~nya pemandangan di sini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ro.man.tik] | رومنتيک

Definisi : 1 spt yg terjadi dlm cerita roman; sebagaimana yg ada dlm angan-angan: kisah hidup yg ~. 2 berkaitan dgn percintaan dan keindahan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata romantik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
romantic comedykomedi romantikKesusasteraanTiadaBentuk drama yang mengandungi unsur-unsur romantik. Komedi romaktik diperkenalkan oleh Shakespeare dan beberapa orang penulis lain pada zaman Elizabethan. Biasanya drama romantik bertemakan cinta yang berakhir dengan kebahagian. Contohnya drama Shakespeare yang berjudul A Midsummer Night�s Dream, As You Like It dan Twelve Night.
romantic dramadrama romantikKesenianDrama dan TeaterGenre drama yang mengutamakan jalan cerita bersuasana romantik dalam bercinta seperti drama Uda dan Darakarya Usman Awang.
neo-romanticismneo-romantismeKesenianDrama dan TeaterSatu aliran lukisan gaya romantik teatrikal pada tahun-tahun 1930-an hingga 1940-an, yang dipengaruhi oleh surrealisme. Gaya romantik teatrikal bersifat neo-romantisme cenderung kepada melukis tempat, benda atau keadaan yang bersejarah yang sudah dalam keadaan musnah, rosak atau terbiar.
romantic poetrypuisi romantikKesusasteraanTiadaPuisi yang memberi keutamaan pada imaginasi, perluahan emosi dan perasaan secara tulus dan spontan. Puisi ini mementingkan daya imaginasi individu sebagai wadah untuk menyampaikan kebenaran hidup. Alam semesta dianggap oleh penyair romantis sebagai cerminan jiwa manusia yang dapat diteladani dan disempadani. Puisi romantis cenderung untuk memperlihatkan unsur-unsur tidak rasional, eksotik, pelik dan menggerunkan. Pada abad ke-18, penyair dari Perancis, Jerman, England Amerika, Perancis, Itali, Rusia dan Sepanyol pula terkenal dengan puisi romantik dan pascaromantik. Di England, William Wordsworth (1770-1850), dan Samuel Taylor Coleridge (1772-1834) terkenal sebagai penulis puisi romantik.
romantic ironyironi romantikKesusasteraanTiadaKeadaan atau situasi dalam penulisan (drama, kisah) yang melibatkan kemunculan pengarang dalam cerita untuk membina ilusi dan memusnahkan kesan ilusi lain dalam cerita itu. Pengarang menyatakan bahawa dirinya pencipta yang bebas menentukan watak serta aksi watak dalam cerita. Penulis (karya) yang memperihalkan suara sedar kendiri hampir dengan perasaan simpati diri. Puisi berjudul Don Juan oleh Lord Byron dianggap puisi terunggul yang menggunakan suara ironi romantik. Ramai penulis puisi moden pada masa ini menghasilkan karya yang memberikan tumpuan kepada suara kendiri dan mempunyai kualiti bunyi (ton) seperti ini. Contoh ironi juga ditemui dalam novel Tristram Shandy oleh Lawrence Sterne.
romanticromantikKesusasteraanTiadaUnsur dalam karya seni dan sastera yang dihasilkan berdasarkan perasaan semata-mata bukan intelek, yang cenderung kepada keagungan, perasaan dan kecantikan.
romanticromantikKesenianTiadaIstilah untuk karya muzik yang mengutamakan penyataan emosi pada tahun 1820 hingga 1910.
romanticromantikKesusasteraanTiadaTiada
romantic comedykomedi romantikKesusasteraanTiadaKomedi yang mengemukakan kisah cinta yang serius sebagai tema utama dan daya penariknya.
romantic comedykomedi romantikKomunikasiTiadaTiada
12345

Kembali ke atas