international gravity formula | rumus graviti antarabangsa | Mekanik | Gunaan | Rumus yang memberikan nilai pecutan graviti g berdasarkan latitud. Rumus ini diungkapkan sebagai, g = 9.780 (1 + 0.005288 sin2 q - 0.000006 sin2 2q) m/s2 dengan q sebagai sudut latitud yang berkenaan. Dalam analisis kejuruteraan biasa, rumus ini tidak digunakan kerana nilai g berubah sedikit sahaja dari khatulistiwa (9.786 m/s2) ke kutub (9.820 m/s2). Perubahan ini tidak mempengaruhi analisis berkenaan dan biasanya nilai purata g = 9.806 m/s2 digunakan. |
airlight formula | rumus cahaya udara | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Rumus asas teori jarak visual yang menghubungkan tiga faktor, iaitu lar ketara sebuah objek hitam yang jauh. Bb, lar ketara langit yang berhampiran ufuk, Bh, dan pekali pemupusan lapisan udara yang berdekatan dengan bumi, a. Rumus ini boleh dituliskan seperti yang berikut: Bb = Bh (1 � e -ax ). dengan x ialah jarak dari objek ke pemerhati. Rumus ini dikenali juga sebagai hukum Koschmieder. |
formula | formula/rumus | Kejuruteraan | Tiada | 1. Gambaran semula jadi dan bilangan atom yang terdapat di dalam molekul sebatian dari segi penulisan dan gambar rajah.,2. Hukum-hukum yang dinyatakan dalam simbol-simbol algebra. |
nuclear radius | jejari nukleus | Fizik | Atom dan Nuklear | Jejari sfera yang mempunyai ketumpatan nukleus terbesar dan di luar permukaan sfera ini ketumpatan turun secara mendadak. Jejari ini dikira menggunakan rumus: R = ro A⅓ = 1.2 x10-13 A⅓ cm, dengan, ro= parameter jejari atau jejari berkesan suatu nukleus dan A= nombor jisim nukleus. |
resonance | resonans | Kejuruteraan | Tiada | 1. Keadaan molekul yang merupakan pertengahan di antara yang diwakili oleh dua rumus ikatan yang mungkin secara teorinya.,bagi litar, diikuti oleh arus dan voltan yang besar yang terhasil daripada daya gerak elektrik kenaan yang kecil, yang dikenakakn pada frekuensi resonans. |
runoff coefficient see also rational method | koefisien larian lihat juga kaedah rational | Hidrologi | Tiada | (1) Nisbah kedalaman larian terhadap kerpasan. (2) Koefisien yang digunakan dalam rumus kaedah Rational/Tak berdimensi. |
catalogue | katalog | Perpustakaan | Tiada | 1. Senarai buku, peta, atau butiran lain yang di susun menurut susunan tertentu yang merakam, mendeskripsi dan mengindeks sumber daripada sesuatu koleksi, perpustakaan atau sekumpulan perpustakaan.,2. Mengumpul satu senarai dokumen menurut satu set atau rumus yang membolehkan pengguna mencari bahan-bahan tersebut melalui kelas, nombor panggilan dan sebagainya. |
isothermal process | proses sesuhu | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Proses termodinamik yang berlaku tanpa perubahan suhu. Rumus matematik untuk proses ini ialah , dengan p ialah tekanan dan V ialah isi padu. Subskrip 1 untuk keadaan awal dan subskrip 2 untuk keadaan akhir. Dalam kes ini pengembangan atau mampatan gas dalam sesuatu sistem misalnya, berlaku pada kadar penambahan haba yang sama dengan kadar penyingkiran haba daripada sistem tersebut. |
coefficient of roughness see also chezy formula | keofisien kekasapan (air) | Hidrologi | Tiada | Koefisien yang menyatakan pengaruh kekasapan alur ke atas halaju min di sesuatu keratan rentang sungai. Koefisien kekasapan yang paling sering digunakan dihubungkan dengan koefisien C dalam rumus Chezy melalui pernyataan berikut: R ialah jejari hidraulik, g pecutan graviti dan k garis pusat butiran Nikuradse (sistem metrik): 1) n ialah koefisien Manning 1) C = 2) n ialah koefisien Forchheimer 2) C = (3) m ialah koefisien Bazin 3) C = (4) dari persamaan Prandtl von Karman 4) C = 4 |
spreadsheet | helaian rebak | Teknologi Maklumat | Perisian | Perisian aplikasi yang mensimulasikan kertas helaian kerja. Perisian ini memaparkan pelbagai sel yang membentuk grid yang mengandungi baris dan lajur. Setiap sel mengandungi sama ada nilai teks abjad angka atau angka. Sel ini juga boleh mengandungi suatu rumus tafsiran yang boleh meliputi beberapa kiraan sel yang lain. Contohnya, perisian Visicalc, Lotus 1-2-3 dan MS Excel. |