crease line (pants) | said | Kesenian | Tiada | Garis lipatan yang tetap pada tengah hadapan dan belakang seluar dan tengah lengan pakaian. |
crease retention | kekal said | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
crease retention | kekal said | Kesenian | Tiada | Tiada |
heat setting | penetapan haba (PEM.MAN) | Kesenian | Tiada | Kaedah membentuk dan mengekalkan said atau lisu fabrik dengan menggunakan haba dan tekanan supaya tahan dobi. |
reinterpretation | tafsiran semula | Kesusasteraan | Tiada | Naskhah yang ditafsirkan semula oleh penyalin atau khalayak sehingga membawa kepada tafsiran baru. Contoh: tokoh-tokoh legenda seperti Dato' Bahaman, Dato'Dol Said Naning, Dato' Maharajalela yang dahulu dianggap sebagai penderhaka tetapi kini dianggap sebagai pahlawan bangsa. |
tirade | dialog pidato | Kesenian | Drama dan Teater | Dialog yang diucapkan oleh watak yang memberikan gambaran seperti ceramah atau ucapan rasmi untuk membangkitkan semangat atau menimbulkan reaksi tertentu daripada khalayak. Contohnya, dialog watak Zahdi dalam Wira Bukitkarya A. Samad Said. |
Internal conflict | konflik dalaman | Kesusasteraan | Tiada | Pergelutan kejiwaan watak dengan dirinya sendiri yang terdapat dalam sesebuah naratif atau drama. Pergelutan ini berlaku dalam fikiran watak tersebut, seperti antara kemahuan nafsunya dengan bisikan hati nuraninya. Contoh dalam sastera Melayu ialah dilema watak Lokman dalam novel Hujan Pagi oleh A. Samad Said. Lihat juga konflik. |
commonplace book | buku catatan pengarang | Kesusasteraan | Tiada | Buku yang merakamkan idea menarik dan catatan pengembaraan dari segi perkataan, frasa atau petikan yang di kumpul untuk renungan atau kegunaan pengarangnya pada masa hadapan. Contohnya, Timber oleh Ben Jonson dan A Certain World oleh W.H. Auden. Contoh buku Melayu ialah Warkah Eropah oleh A. Samad Said dan Catatan ke Tanah Suci oleh Harun Aminurrashid. |
naturalism | naturalisme | Kesusasteraan | Tiada | Gerakan sastera yang melihat manusia sebagai mangsa pasif kuasa alam dan persekitaran sosialnya. Sebagai gerakan sastera, naturalisme bermula di Perancis dan diterajui oleh Emile Zola. Penganut naturalisme berpegang kepada pendapat yang menyatakan bahawa sesebuah karya perlu ditulis secara objektif berdasarkan penyelidikan yang rinci tentang kehidupan manusia. Tema yang menjadi tumpuan ialah tema yang kurang diterokai seperti pelacuran, obsesi seksual, kebuluran, persoalan baka dan sebagainya. Contohnya, novel Salina oleh A. Samad Said menggambarkan secara realisitik dan rinci tentang pahir getir kehidupan seorang pelacur selepas perang. Novel Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad pula menggambarkan bencana alam dan kesukaran yang melanda kehidupan keluarga petani. |
orientalism | orientalisme | Kesusasteraan | Tiada | Konsep dunia Timur seperti yang dirakamkan, digambarkan, dibayangkan dan diciptakan oleh Eropah dan dunia Barat. Dalam bidang sastera, orientalisme merujuk kepada wacana Barat mengenai Timur dalam pelbagai disiplin teks sebagai usaha Barat untuk memberikan penerangan dan interpretasi mereka terhadap konsep �Timur� bikinannya sendiri. Di sebalik usaha ini, Barat ingin menguasai kawasan geografi yang luas dan kompleks ini melalui ilmu epistemologi. Strategi penguasaan melalui wacana ini dibongkar dan dianalisis oleh Edward Said dalam bukunya Orientalism (1978) yang dianggap titik permulaan kaedah kritikan pascakolonial. Walau bagaimanapun, orientalisme dalam bentuk wacana bermula pada Zaman Pertengahan melalui teks kembara (Travel Writings) yang menimbulkan minat Barat terhadap Timur. Keadaan ini diikuti oleh fenomena perkembangan empayar Islam pada kurun ke-17 dan ke -18 yang membawa pelbagai cerita, antaranya Hikayat Seribu Satu Malam dari Timur Tengah. Kemuncak orientalisme pada kurun ke-19 dan ke-20 be |