octant | oktan | Matematik | Tiada | 1. 1/8 daripada ruang yang dibahagi 8 sama oleh satah Cartesan. 2. 1/8 daripada sektor bulatan yang telah dibahagi 8 sama.,2. 1/8 daripada sektor bulatan yang telah dibahagi 8 sama. |
Takayama test | ujian Takayama | Sains Forensik | Tiada | Ujian pengesahan yang dilakukan pada darah dengan cara memanaskannya bersama-sama satu campuran air, larutan glukosa tepu, natrium hidroksida (10%), dan piridina dengan nisbah 2:1:1:1 supaya membentuk kristal piridina feriprotoporfirina yang dapat diperhatikan di bawah mikroskop. |
friction layer | lapisan geseran | Sains | Hidrometeorologi | 1. Sama dengan lapisan batas planetan. 2. Sama dengan lapisan sempadan permukaan. |
slant visibility | ketampakan sendeng | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | 1. Sama dengan ketampakan tuju. 2. Sama dengan ketampakan serong. |
probability | kebarangkalian | Matematik | Tiada | 1. Tahap kemungkinan suatu peristiwa (satu set kesudahan). Katalah adanya n kesudahan yang sama-sama mungkin berlaku dalam sesuatu uji kaji/keadaan. |
frost | ibun | Sains | Hidrometeorologi | 1. Sama dengan ibun beku. 2. Keadaan yang wujud apabila suhu permukaan bumi jatuh di bawah takat beku (0�C atau 32�F). Ibun boleh terjadi dalam berbagai-bagai bentuk bergantung pada nilai sebenar suhu udara sekeliling, takat embun, dan suhu yang dicapai oleh benda-benda di permukaan. Kejadian ini termasuklah: bekuan umum, ibun beku (atau ibun putih), dan bekuan kering (atau ibun hitam). Sekiranya tempoh ibun itu terlalu lama hingga menyebabkan terhentinya musim tumbuh (atau melambatkan permulaannya) ia biasanya dikenali sebagai ibun pembunuh. |
sounding | pemeruman | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | 1. Sama dengan pencerapan udara atas. Pada umumnya bermaksud suatu pencerapan radiosond yang lengkap. 2. Pengukuran kedalaman air di bawah kapal. |
obscuration | kesuraman | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | 1. Sama dengan tutupan langit suram. 2. Fenomena pengaburan di permukaan bumi. |
frost | ibun | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | 1. Sama dengan ibu beku. 2. Keadaan yang wujud apabila suhu permukaan bumi jatuh di bawah takat beku (0�C atau 32�F). Ibun boleh terjadi dalam berbagai-bagai bentuk bergantung pada nilai sebenar suhu udara sekeliling, takat embun, dan suhu yang dicapai oleh benda-benda di permukaan. Kejadian ini termasuk bekuan umum, ibun beku (atau ibun putih), dan bekuan kering (atau ibun hitam). Sekiranya tempoh ibun itu terlalu lama hingga menyebabkan terhentinya musim tumbuh (atau melambatkan permulaannya), ia biasanya dikenali sebagai ibun pembunuh. |
triple point | titik tigaan | Sains | Hidrometeorologi | 1. Sama seperti keadaan tigaan. 2. Titik persimpangan tiga jisim udara dalam kawasan tropika yang nyata, dianggap sebagai titik unggul bagi permulaan siklon tropika. |