Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ma.ran] | سامرن

Definisi : sesuatu yg disamarkan atau disem-bunyikan (nama, rupa, dll), sesuatu yg diguna-kan utk menyamarkan diri (pakaian dll): rumah itu berbumbung zink yg ditutup dgn daun nipah dan lain-lainnya sbg ~; nama ~ nama yg bukan nama yg sebenarnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ma.ran] | سامرن

Definisi : sesuatu yg disamarkan (nama, rupa dll): nama ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata samaran


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pseudonymnama samaranKesusasteraanTiadaNama yang digunakan oleh seseorang penulis dalam karyanya untuk maksud dan sebab-sebab tertentu. Penulis tidak mahu menggunakan nama sebenar dan memilih suatu nama yang lain sebagai gantinya. Nama samaran yang digunakan mungkin hampir atau berbeza sepenuhnya dengan namanya yang sebenar. Terdapat penulis yang menggunakan singkatan nama sebenarnya sebagai nama nama samaran. Contohnya, nama Keris Mas bagi Sasterawan Negara (SN) Kamaluddin Muhammad, Tongkat Warrant bagi SN Usman Awang, Sri Delima bagi Adibah Amin, dan Alis Murni bagi penyair Ali Ahmad. Nama samaran bagi Prof. Dr. �A�ishah �Abd. Al-Rahman ialah bint al-Shati� dalam kesusasteraan Arab. Nama samaran dikenali juga sebagai nama pena.
batesian mimicrykemimikan BatesBiologiEntomologiSamaran spesies boleh dimakan sebagai spesies berbahaya atau tidak boleh dimakan. Samaran ini dilakukan untuk tujuan perlindungan diri, misalnya kupu-kupu bersayap lut cahaya dalam famili Sesiidae yang merupai lebah.
الكنايةsamaran/kiasanAgama IslamFiqhUcapan yang dikeluarkan secara tidak jelas maksudnya.
pseudonymnama samaranKesusasteraanTiadaNama lain yang digunakan pengarang untuk menggantikan namanya yang sebenar.
pseudonymnama samaranLinguistikTiadaTiada
pseudonymous worksamaran)PerpustakaanTiadaTiada
pseudonymnama samaranPerpustakaanTiadaTiada
pseudonymnama samaranKesusasteraanTiadaTiada
كناية الطلاقsamaran talak/kiasan talakAgama IslamFiqhTalak dengan menggunakan bahasa kiasan. Contohnya, "Pulanglah ke rumah ibu bapa engkau".
pseudonymnama samaranKesusasteraanPuisiNama pengarang yang terdapat pada sesebuah puisi yang bukan nama sebenarnya. Contohnya,Tongkat Warrant bagi Usman Awang.
12

Kembali ke atas