Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sam.bau] | سمباو

Definisi : ; ~ jangkang sj tumbuhan (pokok renek), gadu gajah, Trigonosteman longi-folius; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), Eleusina indica; bagai ~ di tengah jalan = bagai ~ di pintu kandang prb kehidupan yg tidak tetap (sakit atau hidup melarat). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sam.bau] | سمباو

Definisi : Mn gembung perut (kemasukan angin dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sam.bau] | سمباو

Definisi : nama sj rumput makanan binatang ternak, Eleusina indica. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sambau

Peribahasa

Bagai sambau di pintu kandang.

Bermaksud :

Keadaan yang tidak tetap (sakit atau hidup melarat). (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai sambau di tengah jalan).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
goose grass (Eleusine indica)rumput sambau (Eleusine indica)PertanianTiadaTiada
crowfoot grass (Eleusine indica)rumput sambau (Eleusine indica)VeterinarTiadaTiada
semi aquatic weedrumpai separa akuatikPertanianAgronomi

 Rumpai di kawasan yang lembap seperti tepi paya atau parit. Contohnya, rumput sambau (Echinochloa crusgalli) yang banyak terdapat di kawasan sawah padi.

natural grassrumput asliVeterinarTiadaRumput yang tumbuh secara semula jadi, sama ada di kebun, ladang, pinggir jalan atau berhampiran ban tali air. Jenis rumput yang biasa tumbuh ialah rumput kerbau (Paspalum conjugatum), rumput parit (Axonopus compressus) dan rumput rawa (Ottochloa nodosa). Ketiga-tiga jenis rumput ini sesuai dijadikan makanan ternakan ruminan. Selain itu, terdapat rumput lain yang kurang digemari seperti rumput tiga segi (Cyperus compressus), rumput sambau (Eleusine indica) dan lalang (Imperata cylindrica). Nilai pemakanan rumput asli lebih rendah berbanding dengan rumput pastura terpilih. Kandungan tenaganya pula ialah 6-8 MJ/kg dan protein kasar 7-10%. Hasil bahan kering rumput asli berbeza-beza mengikut jenis dan kawasan pertumbuhannya iaitu di antara 5-10 tan/hektar. Rumput yang tidak digemari oleh ternakan selalunya mempunyai ciri-ciri seperti berduri, berbulu, terlalu keras atau mempunyai bau yang kurang enak.

Kembali ke atas