overset | set terlebih; perangkat sampingan; taip sampingan | Komunikasi | Tiada | Tiada |
counterplot | plot sampingan | Kesusasteraan | Tiada | Jalan cerita dalam sesebuah karya yang lebih rendah tarafnya daripada plot utama. Jalan cerita menyentuh persoalan tema dan aksi pokok dalam naratif, drama atau teater. Plot sampingan boleh bersifat bertentangan dengan plot utama, tetapi berkaitan dengannya. Tujuan plot sampingan adalah untuk memperhebat atau menyerlahkan plot utama. Tindak tanduk antagonis yang berlawanan dengan watak utama boleh juga diperikan sebagai plot sampingan. Plot sampingan dikenali juga sebagai subplot. Lihat juga plot, struktur dramatik. |
wheat milling by-product | hasil sampingan pengilangan gandum | Veterinar | Tiada | Hasil sampingan yang didapati daripada proses pengilangan gandum untuk dijadikan makanan ternakan. Antara hasil sampingan yang diperoleh ialah dedak gandum, mil germa gandum dan middling atau polard gandum. Dedak gandum mengandungi 8.5-12% serabut kasar dan 12.5-16% protein kasar. Middling pula merupakan campuran dedak dan endosperma yang mengandungi 2-4% serabut kasar dan 15-18% protein manakala, germa gandum mengandungi 22-32% protein kasar tetapi rendah kandungan serabutnya. Namun begitu, ia merupakan sumber yang baik untuk vitamin E dan tiamina. |
secondary service area | kawasan liputan sampingan | Komunikasi | Korporat | Kawasan sampingan yang mendapat liputan perkhidmatan atau kawasan pengedaran barangan secara tertumpu. Jenis perkhidmatan dan barangan adalah seperti perkhidmatan siaran radio dan televisyen, telekomunikasi dan media cetak, serta barangan pengguna. Sesuatu kawasan dikategorikan sebagai kawasan liputan sampingan sekiranya jumlah penduduk lebih kecil, berselerak, dan status sosioekonomi yang sederhana. Faktor ini menyebabkan ruang lingkup pengedaran sesuatu barangan atau perkhidmatan lebih terhad. Dari segi media elektronik dan komunikasi, kedudukan kawasan terletak di pinggir ruang liputan alat pemancar siaran dan telekomunikasi. Kadar bayaran ruang pengiklanan yang dikenakan adalah lebih rendah. |
donkeyman | jurudandang sampingan | Kejuruteraan | Tiada | Petugas yang menjalankan dandang sampingan dan membantu mengendalikan bilik enjin. |
active by-product | hasil sampingan aktif | Kejuruteraan | Tiada | Hasil sampingan radioaktif yang terbentuk daripada tindak balas nuklear. |
sago by-product | hasil sampingan sagu | Veterinar | Tiada | Hasil sampingan yang diperoleh daripada perusahaan sagu. Hasil-hasil tersebut terdiri daripada hampas dan buangan kanji. Hampas sagu mengandungi tenaga dan protein yang rendah manakala kandungan serabutnya sangat tinggi. Bahan ini hanya sesuai untuk diberi makan pada ternakan ruminan pada kadar kurang daripada 10%. Manakala, buangan kanji mempunyai kandungan tenaga yang tinggi tetapi kandungan protein dan serabutnya rendah. Bahan ini boleh dijadikan sumber tenaga untuk ternakan. Nama saintifik sagu: Metroxylon spp. |
cereal by-product | hasil sampingan bijirin | Veterinar | Tiada | Bahan-bahan sampingan yang diperoleh daripada proses pengisaran bijirin. Contohnya, dedak dan sekam yang terhasil daripada pemprosesan padi. Pengisaran gandum pula menghasilkan dedak gandum, polard gandum dan mil germa gandum. Bahan-bahan ini digunakan sebagai sumber tenaga sebanyak 12-14 MJ/kg dan sumber protein sebanyak 8-9% dalam pemformulasian makanan. Bahan ini sesuai untuk makanan semua jenis ternakan. |
alternate air | udara sampingan | Perikanan | Tiada | Tabung kecil yang mengandungi oksigen. Udara sampingan biasanya dibawa bersama-sama semasa menyelam dan digunakan apabila oksigen dari tangki skuba kehabisan. |
by-product feed | makanan hasil sampingan | Veterinar | Tiada | Makanan haiwan yang diperbuat daripada hasil sampingan agroindustri. Antara contohnya ialah hampas isirung kelapa sawit, enapcemar kelapa sawit, dedak padi, mil kacang soya dan molases. |