Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rapat (adjektif)
1. Bersinonim dengan padat: tumpat, kerap, tetal, utuh,
Berantonim dengan jarang

2. Bersinonim dengan dekat: hampir, rapik, sempit,
Berantonim dengan jauh

3. Bersinonim dengan erat: karib, akrab, mesra,
Berantonim dengan renggang

Kata Terbitan : berapat, merapat, merapati, merapatkan,

Peribahasa

Melukah ikan dalam panai.

Bermaksud :

Menganiaya orang yang sangat rapat dengan kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Melakak kucing di dapur, b. Memukul kucing di dapur). panai = kolam kecil biasanya di depan perkarangan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
domestic familyfamili domestikSosiologiTiadaKeluarga yang ahli-ahli di dalamnya sangat rapat antara satu sama lain.
energy bandjalur tenagaKimiaTiadaJalur yang terbentuk daripada banyak aras tenaga yang selanjar dan sangat rapat di dalam pepejal berhablur.
energy bandjalur tenagaKimiaTiadaJalur yang terbentuk daripada banyak aras tenaga yang selanjar dan sangat rapat di dalam pepejal berhablur. Terdapat dua jenis jalur tenaga, iaitu jalur valens ialah aras tenaga terkuantum yang dapat diduduki elektron apabila elektron ini di dalam orbital valens pepejal berhablur. Elektron di dalam jalur ini tidak dapat bergerak bebas di bawah pengaruh medan elektrik. Jalur konduksi pula ialah aras tenaga terkuantum yang lebih tinggi daripada aras tenaga jalur valens. Elektron dapat menduduki jalur ini melalui getaran terma kekisi berhablur. Peningkatan elektron ke jalur ini membentuk lubang di dalam jalur valens. Elektron di dalam jalur konduksi dapat bergerak bebas di bawah pengaruh medan leketrik. Terdapat jalur terlarang di antara jalur valens dengan jalur konduksi. Ciri elektrik pepejal berhablur bergantung pada lebarnya jalur terlarang ini. Bagi logam, lebar jalur ini ialah disifar, bagi penebat pula, lebarnya lebih daripada 5 eV dan bagi semikonduktor, lebarnya lebih kurang 1 eV.
fine structurestruktur halusKimiaTiadaRupa spektrum pada resolusi tinggi, iaitu setiap garis terdiri daripada beberapa garis yang sangat rapat.
drizzlegerimisHidrologiTiadaKerpasan yang agak seragam terdiri dari hanya titisan air yang halus (bergaris pusat kurang dari 0.5 mm) dan sangat rapat antara satu dengan lainnya.
drizzlegerimisSainsHidrometeorologiKerpasan yang agak seragam yang terdiri daripada hanya titis air yang halus (bergaris pusat kurang daripada 0.5 mm) dan sangat rapat antara satu dengan yang lain.
microlaterologmikrolaterologKejuruteraanPetroleumPencartaan bergraf yang diplot terhadap kedalaman, mengenai nilai mikrokeberintangan formasi yang didapatkan menerusi pengelogan mikrolaterolog. Alat pengukur log ini mengandungi elektrod yang terpasang pada kancing yang tersusun secara sepusat. Susunan ini mengeluarkan berkas arus elektrik terfokus masuk ke dalam formasi. Oleh sebab susunan elektrod sangat rapat, berkas arus yang dikeluarkan berkesan hanya untuk zon pancur, iaitu zon yang nipis di sekitar lubang gerudi.
generagenusPerubatanTiadaSatu kumpulan taksonomi terdiri daripada spesies yang sangat berkait rapat, genera dikumpulkan di dalam famili.
data dictionarykamus dataTeknologi MaklumatPerisianRepositori terpusat bagi maklumat mengenai data seperti pengertian, hubungan dengan data lain, asal data, penggunaan dan format. Istilah ini mempunyai beberapa maksud yang sangat berkait rapat mengenai pangkalan data dan sistem pengurusan pangkalan data (DBMS). Peranan utama kamus data pada peringkat bawah adalah untuk menyokong fungsi asas DBMS. Dalam pembangunan aplikasi pangkalan data, perisian kamus data yang dikenali sebagai perisian tengah diperlukan untuk berhubung dengan kamus data DBMS. Kamus data pada peringkat tinggi menawarkan fitur tambahan dan darjah kefleksibelan yang tinggi. Oleh itu, kamus data pada peringkat tinggi boleh menyediakan model entiti-hubungan (E-R model) yang direka dan sesuai dengan pelbagai aplikasi tetapi berkongsi pangkalan data yang sama.
pleural cavityrongga pleuraPerubatanTiadaRuang di antara pleura viseral dan pleura parietal, biasanya sangat sempit kerana membran-membran pleura berhubungan rapat.
12

Kembali ke atas