Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.wa] | ساوا

Definisi : I sj ular yg besar; ular ~ cindai sj ular, Phyton reticulatus; ular ~ katak (batu) sj ular, Phyton curtus; ular ~ rendam sj ular, Phyton molurus; ~ meng-ampai sj ukiran awan larat; apa lagi ~ ia berkehendakkan ayamlah prb orang yg suka mencari barang-barang yg digemarinya; pacat hendak menjadi ~ prb a) orang miskin berlaku spt orang kaya; b) meng-harapkan sesuatu yg bukan-bukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.wa] | ساوا

Definisi : Kl tidur selepas makan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.wa] | ساوا

Definisi : berbagai-bagai jenis ular yg besar. ular ~ ular besar (yg panjangnya boleh mencapai sehingga 8.5 meter) yg memakan berbagai-bagai jenis burung dan mamalia, Phyton reticulatus. ular ~ katak ular sawa yg pendek (kurang drpd 2.74 meter) berkepala kecil dan runcing ekornya, Phyton curtus. ular ~ rendam (batu) Phyton molurus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sawa

Puisi
 

Kulit ular dikata tebal,
     Tebal lagi kulit sawa;
Kalau pujuk makin menyebal,
     Kalau dimarah baru tertawa.


Lihat selanjutnya...(6)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sawa lukasawa lukaPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu Helicia spp. dan Heliciopsis spp. daripada famili Proteaceae.. Spesies utamanya termasuk Helicia rufescens, dan Heliciopsis montana. Gubal kayu sawa luka berwarna merah kekuningan,dan mudah dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat. Tekstur kayunya agak kasar dan tidak sekata, kerana terdapat tisu ruji yang lebar. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 515 hingga 785 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras dan berat. Kayu ini mudah diproses, dikemas siap, dan dikeringkan, mempunyai ketahanan semula jadi yang rendah tetapi mudah diawet. Kayu ini sesuai untuk perabot, tanggam bermutu tinggi dan kabinet.
linopung(Rgs.)linopung(Rgs.)KesenianTiadaMotif tenunan berunsur keadaan berbentuk corak kulit ular sawa. siku keluang
khaki cottonkapas khakiKesenianTiadaIstilah untuk pelbagai kain kapas dari India Timur dan China yang berwarna sawa matang atau seakan-akan tengguli.
mersawamersawaPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Anisoptera spp. daripada famili Dipterocarpaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah loh, medang sawa, rengkung, sanai, sepah, petri dan terbak, dan di Sabah ialah pengiran. Spesies utamanya termasuk Anisoptera costata, A. corsiti, dan A. laevis. Gubal kayu mersawa sukar dibezakan daripada teras kayunya yang biasanya yang berwarna kuning tua dan menjadi gelap apabila terdedah. Tekstur kayunya agak kasar dan sekata dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 515 hingga 735 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini sukar dikerjakan kerana mengandungi silika yang boleh menumpulkan mata pemotong, lambat mengering, sederhana tahan, dan sukar diawet. Kayu mersawa banyak digunakan dalam pembuatan venir, papan lapis dan perabot, dan kerja binaan sederhana.

Kembali ke atas