scuba death | kematian scuba | Kimia | Forensik | Kematian akibat menyelam laut dalam, timbul terlalu cepat ke permukaan air. Keadaan ini berlaku kerana tekanan luar menurun dengan cepat lalu menyebabkan nitrogen terlarut menggelembung keluar dari cecair badan, dan seterusnya menyekat kapilari darah serta menyebabkan sakit teruk pada otot dan sendi, pengsan, paralisis dan kematian. |
scuba diving | selam skuba | Perikanan | Tiada | Aktiviti menyelam dengan menggunakan peralatan skuba yang lengkap. Aktiviti ini biasanya dilakukan secara berkumpulan yang diketuai oleh seorang ketua penyelam. |
dive instructor | pengajar selam | Perikanan | Tiada | Pakar bertauliah yang mengajar teknik menyelam dengan betul kepada penyelam. Pengajar ini mempunyai kuasa untuk memperakukan penyelam bagi mendapatkan sijil menyelam daripada badan persijilan antarabangsa seperti PADI (Professional Association of Diving Instructors), NAUI (National Association Underwater Instructors) dan SSI (Scuba School International). |