Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ce.pat] | سچڤت

Definisi : ; ~ kilat sangat cepat (spt kilat); ~ mungkin seberapa cepat yg dapat, selekas mungkin; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata secepat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
prestissimoprestissimoMuzikTiada

 Tempo yang secepat mungkin.

free crushingpenghantaran percumaKejuruteraanKejuruteraan KimiaKaedah penghancuran yang direka bentuk dan dikendalikan supaya ketulan pepejal yang telah pecah boleh dikeluarkan secepat mungkin daripada alat penghancur. Saiz ketulan produk yang tidak menepati saiz tertentu akan disuap balik ke dalam penghancur. Kaedah ini merupakan kaedah penghancuran cekap dan dengan itu dikatakan proses penghancuran percuma.
conventional cateringpengurusan penyediaan makanan secara tradisiPentadbiran PerniagaanTiadaSistem pengurusan yang menyediakan makanan daripada bahan-bahan mentah sebaik sahaja dipesan dan dihidang dengan secepat mungkin.
early weanedsapih awalVeterinarTiadaAnak haiwan yang dipisahkan daripada ibunya atau dihentikan daripada menyusu bagi memudahkan pengurusan secara berasingan. Ibu yang diasingkan daripada anaknya lebih awal boleh dikondisikan supaya dapat dikahwinkan semula secepat mungkin. Ibu yang menyusukan anak akan lambat datang estrus dan keadaan ini akan melambatkannya bunting semula.
prompt paymentpencepatan bayaran hutangEkonomiEkonomi IslamPengurangan jumlah bayaran hutang yang disebabkan oleh pembayaran hutang yang dilakukan lebih awal daripada tempoh ditetapkan. Pengurangan ini diberikan sebagai galakan supaya individu yang berhutang melunaskan hutangnya secepat mungkin. Tindakan ini membolehkan pemberi hutang mendapatkan semula wangnya lebih awal manakala individu yang berhutang pula mendapat pengurangan jumlah bayaran balik hutang. Jumlah pengurangan atau potongan boleh dimasukkan dalam dokumen perundangan utama bagi transaksi hutang Islam di bawah klausa ibra’.
secsecMuzikTiada

Penghasilan artikulasi secara pantas dan tangkas untuk meredamkan bunyi secepat mungkin bagi mengelakkannya dari­pada terus bergema.

protophloemprotofolemBiologiHistologi dan SitologiBahagian floem (yang bertanggungjawab membawa gula dan sesetengah asid amino tumbuh-tumbuhan vaskular) yang mula-mula terbentuk dan bagi tumbuh-tumbuhan tak berkayu menjadi sebahagian floem primer. Biasanya protofloem mempunyai unsur tapis yang tidak bersel rakan dan tidak berfungsi lama kerana pertumbuhannya tidak secepat sel-sel di sekelilingnya. Sel protofloem yang berobliterat akan menjadi serabut.
hormonehormonPsikologiPsikologi UmumBahan kimia dalam badan yang dirembeskan oleh kelenjar tak bersaluran yang ada hubungannya secara langsung atau tidak langsung dengan tingkah laku manusia dan haiwan. Terdapat beberapa fungsi biologikal utama yang dikendalikan oleh hormon seperti mempromosikan pertumbuhan organisma, membantu penghadaman dan mengatur metabolisme yang sekiranya bercelaru boleh menimbulkan kesan psikologi seperti kompleks rendah diri atau masalah kesejahteraan psikologi yang lain. Hormon daripada kelenjar adrenal mempunyai kesan langsung kepada psikologi manusia atau haiwan melalui tindakannya semasa berada dalam keadaan yang mencemaskan. Hormon adrenalina dan noradrenalina pula akan meningkatkan aktiviti organ seperti jantung, paru-paru dan saluran darah untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi kecemasan yang diwujudkan oleh rangsangan emosi. Walau bagaimanapun, tindakan hormon tidak secepat sebatian neurotransmiter kerana tindakannya bergantung pada bantuan sistem edaran darah.

Kembali ke atas