vacuolization | pemvakuolan | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1. Pembentukan vakuol. 2. Pembentukan titisan bendalir jernih di dalam sel yang sedang berkembang atau yang sedang menua. |
slough | selumur | Perubatan | Tiada | 1. Tisu nekrosis yang sedang menanggal daripada tisu hidup. 2. Kulit ular atau kelongsong ubat yang tertanggal. |
on-the-pump | pada pam | Kejuruteraan | Petroleum | 1) Sifat telaga yang sedang dipam untuk mengeluarkan bendalir dari alam lubangnya dengan menggunakan sistem pengepaman. 2) Aliran telaga minyak yang tidak boleh mengalir secara semula jadi tetapi memerlukan bantuan peralatan pengepaman untuk mengalirkannya. |
action cut | henti aksi | Komunikasi | Tiada | 1. Arahan oleh pengarah untuk menghentikan tangkapan sewaktu pelakon sedang melakonkan wataknya. 2. Teknik penyuntingan filem atau video yang dilakukan sewaktu sesuatu aksi lakonan sedang dilakukan dan bahagian yang disuntingkan itu disambungkan kepada adegan yang lain. |
abdicate | turun takhta; letak kuasa | Sains Politik | Tiada | 1. Tindakan seorang raja yang sedang memerintah berhenti daripada menjadi raja dan memberikan takhtanya kepada seorang yang lain.,2. Tindakan seseorang atau sesuatu pihak yang sedang berkuasa menyerahkan kuasanya kepada seseorang atau sesuatu pihak yang lain. |
counting | membilang/menghitung;kiraan | Sukan | Tiada | Kiraan: Pengadil menghitung kiraan satu 1. hingga lapan 8. atau satu 1. hingga sepuluh kepada petinju yang sedang dalam keadaan rebah. |
intern | doktor siswazah | Perubatan | Tiada | 1. Siswazah atau bakal doktor yang sedang menjalani latihan.,2. Mengurung atau mengasingkan di dalam kawasan atau sempadan geografi atau fisikal tertentu. |
real time | masa sebenar | Kejuruteraan | Tiada | 1. Masa apabila sesuatu peristiwa fizikal sedang berlaku.,2. Proses komputer yang dilaksanakan dengan pantas sehingga membolehkan keputusan proses yang diawasi diberi secara serentak dengan berlakunya proses itu. |
background | latar | Komunikasi | Tiada | 1. Hiasan atau pemandangan yang berada di belakang subjek yang sedang dirakamkan. 2. Bunyi yang mengiringi bunyi utama. 3. Hasil lukisan, lakaran atau model tiga dimensi yang digunakan di belakang objek bergerak sewaktu penggambaran filem animasi. 4. Maklumat atau bahan sokongan bagi sesuatu penulisan berita. |
vitellarium | vitelarium | Biologi | Entomologi | 1. Kelenjar yolka. 2. Bahagian ovari yang mengandungi telur yang sedang berkembang. 3. Zon pertumbuhan telur. |