concussion | konkusi | Perubatan | Tiada | Tidak sedarkan diri dalam jangka masa pendek akibat kecederaan pada kepala. |
coma | koma | Perubatan | Tiada | Keadaan tidak sedarkan diri walaupun dikejutkan dengan rangsangan yang kuat. Tahap koma boleh diukur dengan menggunakan skala koma Glasgow. |
anaesthetic depth | kedalaman anestesia | Perubatan | Tiada | Status pesakit yang tidak sedarkan diri atau pengsan semasa pemberian ubat anestesia. Penentuan kedalaman boleh dilakukan secara pengamatan parameter fisiologi seperti kadar denyutan jantung, tekanan darah, kadar pernafasan, saiz pupil, gelombang elektroensefalogram (EEG) atau dengan menggunakan indeks bispektral (BIS) atau indeks evok potensi auditori (AEP). |
stertor | stertor | Perubatan | Tiada | Bunyi dengkur semasa pernafasan pada pesakit yang tidak sedarkan diri. |
stertor | stertor | Kejururawatan | Tiada | Bunyi dengkur semasa pernafasan pada pesakit yang tidak sedarkan diri. |
anaesthetic maintenance | pengekalan anestesia | Perubatan | Tiada | Pemberian anestesia berterusan bagi memastikan pesakit tidak sedarkan diri atau pengsan secara terkawal semasa pembedahan. Ubat dan agen yang digunakan ialah oksigen, nitrus oksida, agen anestetik meruap seperti halotana, isoflurana, sevoflurana atau desflurana, dan analgesik. |
nap | meridap | Umum | Tiada | Keadaan tertidur atau terlelap dengan mata terpejam dan tidak sedarkan diri buat seketika. |
cardiopulmonary arrest | pegun kardiopulmonari | Perubatan | Tiada | Keadaan apabila terhentinya fungsi jantung dan pernafasan bagi pesakit yang tidak sedarkan diri. |
epilepsy | epilepsi | Perubatan | Tiada | Penyakit yang berulang disebabkan gangguan sementara fungsi otak. Penyakit ini dicirikan dengan gejala seperti tidak sedarkan diri, gangguan psikik atau deria serta sawan. |
crash induction | induksi kilat | Perubatan | Tiada | Kaedah induksi secara berurutan dan cepat, biasanya dilakukan terhadap pesakit yang menjalani pembedahan kecemasan. Pada mulanya, pesakit diberikan oksigen sebanyak 100% selama 3 hingga 5 minit dengan menggunakan sungkup muka. Kemudian, pesakit diberikan suntikan ubat induksi intravena dengan dos yang telah ditetapkan tanpa menunggu pesakit tidak sedarkan diri. |