mild reagent | reagen sederhana; bahan uji sederhana | Kimia | Tiada | Tiada |
medium-width cloth | kain bidang sederhana/kain lebar sederhana | Kesenian | Tiada | Tiada |
saron barung | saron barung | Muzik | Tiada | Saron bersaiz sederhana dengan register sederhana. Saron barung menghasilkan melodi asas dalam lagu gamelan Jawa dan gamelan Melayu. Lihat juga saron. |
humid region | kawasan lembap | Geografi | Tiada | Kawasan - kawasan yang mengalami iklim jenis lembap sederhana tanpa musim kering, lembap sederhana dengan musim sejuk kering dan lembap sederhana musim panas kering. |
significant weather | cuaca menonjol | Sains | Hidrometeorologi | Cuaca yang merangkumi fenomena seperti ribut petir, ribut tropika, badai jajar sangat kencang, hujan batu, golakan sederhana atau kencang, pengaisan sederhana atau kuat pada kapal terbang, gelombong gunung yang nyata, ribut pasir atau ribut habuk yang meluas dan hujan membeku. |
medium hardwoods | kayu keras sederhana | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Singkatan KKS. kumpulan kayu keras Malaysia yang sederhana berat hingga berat, berdasarkan Peraturan Penggredan Kayu Keras Gergaji Malaysia 1984, yang mempunyai ketumpatan yang biasanya berjulat antara 700 hingga 900 kg/m3 pada kandungan lembapan 15 peratus. Setengah-tengah kayu dalam kumpulan ini cukup kuat dan berat, tetapi nilai ketahanan semula jadinya tidak begitu baik. Kebanyakannya sederhana tahan dan perlu diawet sebelum digunakan, terutamanya apabila digunakan di kawasan tropika dan bersentuhan dengan tanah. Terdapat lebih kurang 14 spesies kayu dagangan utama, seperti kapur, keruing, dan kempas. |
middle grey | kelabu sederhana | Kesenian | Tiada | Warna kelabu ton sederhana untuk menentukan darjah pendedahan di dalam fotografi. |
moderate disease | penyakit sederhana | Kesihatan Awam | Tiada | Penyakit dengan gejala yang sederhana. |
middle distance | lari jarak sederhana | Sukan | Tiada | Acara lari pada jarak sederhana, seperti lari 800 m, 1000 m, 1500 m. |
humid mesothermal climate | iklim suhu sederhana lembap | Geografi | Tiada | Iklim lembap sederhana di mana suhu bulan paling sejuk adalah di bawah 18oC dan sekurang-kurangnya satu bulan mempunyai purata suhu di atas 10oC. Iklim tersebut mempunyai musim panas dan sejuk. |