light depreciation | keredupan cahaya | Landskap | Tiada | Pencahayaan yang dikurangkan secara sedikit demi sedikit bagi menimbulkan keadaan persekitaran yang samar. |
accumulation | penumpukan | Kejuruteraan | Petroleum | Himpunan hidrokarbon semula jadi yang dipercayai berlaku sedikit demi sedikit dalam batuan reserbor. Himpunan ini terjadi hasil daripada pergerakan yang menumpu ke satu tempat oleh hidrokarbon yang berhijrah dari batuan punca. |
poco a poco | poco a poco | Kesenian | Tiada | Tempo dalam pergerakan muzik yang sedikit demi sedikit. |
intermittent feeding | pemberian makanan berselang | Veterinar | Tiada | Kaedah pemberian makanan kepada ternakan secara sedikit demi sedikit dan dilakukan beberapa kali dalam sehari. Kaedah ini dilakukan untuk mengelakkan pembaziran seperti melalui tumpahan. Pemberian makanan melalui kaedah ini juga dapat meningkatkan kecekapan pencernaan dan nilai pemakanan sesuatu diet. |
recurring sale | jual beli istijrar | Ekonomi | Ekonomi Islam | Jual beli dengan mengambil barangan sedikit demi sedikit secara berterusan dan membayar keseluruhan harganya kemudian. Jual beli ini boleh berlaku dalam dua keadaan, iaitu tanpa deposit atau bersama deposit. Contohnya, jual beli istijrar tanpa deposit ialah pembeli sentiasa mengambil barang keperluan harian daripada pekedai pada sebarang masa dan membayar keseluruhan harga secara tunai pada hujung bulan. Jual beli istijrar bersama deposit pula ialah pembeli meletakkan sejumlah wang terlebih dahulu kepada pekedai dan mengambil barang keperluan harian daripada pekedai tersebut pada sebarang masa dan membayar keseluruhan harga pada hujung bulan menggunakan wang deposit berkenaan. Sekiranya wang deposit melebihi harga, wang tersebut akan dikembalikan atau dibawa ke hadapan. Sekiranya wang deposit tidak mencukupi, maka pembeli akan melunaskannya. Sinonim bai‘ istijrar jual beli istijrar. |
shoveling | penyodokan | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Cara menarah lapisan permukaan tanah sedikit demi sedikit semasa ekskavasi dengan menggunakan penyodok tanah atau sekop. Cara ini digunakan pada tapak ekskavasi yang luas yang mempunyai kawasan tanah keras. Jika tidak dilakukan dengan teliti, kelemahan cara ini boleh merosakkan artifak. |
accumulation | timbunan; tumpukan; penimbunan; penumpukan; pengumpulan | Matematik | Tiada | Jumlah atau amaun yang terhasil daripada pertambahan sedikit demi sedikit. |
accretion hypothesis | hipotesis tokokan | Geologi | Tiada | Hipotesis asal mula bumi yang mengandaikan bahawa bumi terbentuk daripada nukleus kecil yang kemudiannya membesar dengan penambahan jasad pepejal sedikit demi sedikit. |
false cast | lempar palsu | Perikanan | Tiada | Kaedah melontar tali joran ke arah hadapan dan ke arah belakang di udara untuk memanjangkan tali dari gelungan gelendong sedikit demi sedikit sebelum tali dilontar sepenuhnya. Teknik ini hanya digunakan semasa aktiviti pancing layang. |
stress-strain curve | lengkung tegasan-terikan | Fizik | Mekanik | Lengkung pada graf yang menunjukkan pertalian antara tegasan atau beban ke atas suatu jasad dengan canggaan yang terhasil apabila beban ditambahkan sedikit demi sedikit. |