usual language | bahasa basahan/bahasa sehari-hari | Kependudukan | Tiada | Tiada |
usual language | bahasa basahan/bahasa sehari-hari | Sosiologi | Tiada | Tiada |
colloquial language | bahasa basahan | Kesusasteraan | Tiada | Bahasa yang digunakan dalam percakapan sehari-hari dan bukan dalam bentuk bahasa formal. |
vernakular literature | kesusasteraan vernakular | Kesusasteraan | Tiada | Bahasa tempatan atau bahasa yang digunakan sehari-hari. Kesusasteraan vernakular dikenali sebagai kesusasteraan etnik yang merupakan hasil sastera peribumi di sesuatu kawasan atau penempatan. Contoh kesusasteraan vernakular ialah kesusasteraan suku kaum Iban, Kadazan, dan lain-lain. |
social setting | latar sosial | Kesusasteraan | Tiada | Cereka atau drama yang mengambil latar kehidupan dalam masyarakat sehari-hari. |
popular language | bahasa popular | Kesusasteraan | Tiada | 1. Ragam bahasa yang dipakai oleh sebahagian besar pemakai bahasa dalam situasi sehari-hari.,2. Bahagian dari khazanah leksikal, gramatikal dan stilistis suatu bahasa yang dimengerti dan diterima sebagai pemakaian yang baik oleh semua orang yang mengenal bahasa. |
space | ruang | Mekanik | Gunaan | Daerah geometri tempat peristiwa berlaku. Pada umumnya, ruang fizikal mungkin bersifat satu dimensi, dua dimensi ataupun tiga dimensi. Bagaimanapun, dalam penggunaan sehari-hari, istilah ruang digunakan untuk merujuk pada daerah tiga dimensi dengan istilah ‘garis’ digunakan untuk memerihalkan daerah satu dimensi dan istilah ‘satah’ digunakan untuk daerah dua dimensi. Gagasan ruang yang mempunyai n dimensi digunakan sebagai gagasan niskala untuk memerihalkan hubungan di antara n kuantiti. |
board foot | kaki papan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Simbol Bd. ft. Unit sukatan papan gergaji yang mempunyai dimensi satu kaki panjang, satu kaki lebar, dan satu inci tebal. Untuk kayu gergaji yang telah diketam, ukuran kaki papan adalah berdasarkan ukuran nominal, dan dalam amalan sehari-hari, unit kerjanya disebut 1000 kaki papan atau M.bd.ft. |
dichotomy of politics and administration | dikotomi politik-pentadbiran | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Satu pembahagian yang menjelaskan bidang kuasa di antara pentadbiran dengan politik. Pentadbiran lebih kepada pengurusan hendaklah berasingan dengan politik yang berkait rapat dengan pembuatan dasar atau polisi. Politik pada asasnya merupakan kegiatan yang berkaitan dengan parti politik, kuasa politik dan bagaimana menggunakan kuasa itu. Pentadbiran pula merupakan perjalanan kerajaan sehari-hari dan berkaitan dengan keamanan supaya negara tidak huru-hara. Jelasnya bahawa pentadbiran memelihara keadaan semasa dan tidak ada kaitan secara langsung dengan parti. Politik berkait rapat dengan pembuatan dasar manakala pentadbiran adalah berkaitan dengan segala pelaksanaan dasar atau polisi serta mengenakan batasan-batasan tertentu terhadap setiap pelaksanaan tersebut. Pengasingan politik daripada pentadbiran mempunyai dua andaian dasar iaitu, (i) Politik boleh dipisahkan daripada pentadbiran, dan (ii) Pentadbiran boleh dikembangkan menurut garis-garis saintifik. |
photoperiod | fotokala | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tempoh atau bilangan jam siang hari bercahaya dalam sehari, yang merupakan faktor penting dalam penentuan pembungaan beberapa spesies tumbuhan terutama tumbuhan di kawasan iklim sederhana. Tempoh siang hari berjulat antara 8 hingga 14 jam bergantung pada tempat dan musim. |