Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ha.rian] | سهارين

Definisi : sepanjang hari (dr pagi hingga petang), sehari suntuk, sehari-harian: doh itu dipotong dan dijemur ~ hingga benar-benar kering sebelum dibungkus; kadang-kadang doktor sendiri tidak makan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ha.rian] | سهارين

Definisi : , sehari-harian sepanjang hari; sehari suntuk: Dia berasa terlalu letih setelah bekerja ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seharian


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
contrastive worlddunia kontrastifKesusasteraanTiadaDunia fiksyen yang memerihalkan realiti seharian dengan menampilkan dua realiti yang saling kontras. Dua realiti yang dimaksudkan ialah dunia yang dicipta berdasarkan realiti seharian dan fantasi. Dunia kontrastif kerap ditemui dalam fiksyen sains dan naratif fantasi. Lihat juga dunia aditif.
house dutytugas rumahPentadbiran PerniagaanTiadaTugas seharian yang dilakukan di rumah seperti memasak dan mengemas.
conversation piecelukisan perbualanKesenianTiadaLukisan yang menggambarkan kegiatan seharian sesuatu kumpulan atau keluarga.
conversational languagebahasa perbualanPendidikanTiada1. Bahasa untuk perbualan seharian.
work ethicsetika kerjaEkonomiTiadaNilai-nilai baik dalam menjalankan kerja seharian antara satu sama lain untuk mendapatkan pendapatan yang halal dan meningkatkan pengeluaran.
random learningpembelajaran rawakPendidikanTiadaPembelajaran secara tidak sengaja melalui pengalaman seharian, pembacaan dan sebagainya.
customadatSejarahTiadaPeraturan atau amalan yang menjadi kebiasaan dalam sesebuah masyarakat, diamalkan seharian, tidak bertulis tetapi bersifat perundangan dan berautoriti.
roleplaymain perananKesenianDrama dan TeaterPerbuatan membawa diri dalam teater atau kehidupan seharian sesuai dengan fungsi sosial dan tingkah laku yang setara dengan peranannya.
nonstylized storytellingpenceritaan lugasKesusasteraanTiadaCerita-cerita rakyat yang dituturkan oleh seorang amatur dalam bahasa seharian.
bone toolalatan tulangArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiAlat yang diperbuat daripada tulang untuk kegunaan seharian oleh masyarakat prasejarah. Di Malaysia, alat tulang yang biasa ditemui terdiri daripada tulang, gigi dan tanduk binatang seperti babi, gajah, badak sumbu, lembu liar, rusa, landak, tikus, tupai, monyet dan kura-kura. Antara alat tulang yang dihasilkan ialah pahat, cincin, penyepit, anak panah, manik, kapak, penebuk lubang, pengikis, pisau dan pemegang hulu. Antara tempat ditemui bahan ini ialah di Gua Niah (Sarawak), Gunung Bewah (Ulu Terengganu), Gua Kelawar (Sungai Siput), Gua Bintong (Perlis) dan Gua Kechil (Pahang).
1234

Kembali ke atas