Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.hu.bu.ngan] | سهوبوڠن

Definisi : berkaitan dgn, bersangkutan dgn; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sehubungan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chronotaraxiskronotaraksisPerubatanTiadaKetidakupayaan untuk menyesuaikan diri, sehubungan dengan masa.
pseudo-frontperenggan semuSainsHidrometeorologiPerenggan berskala kecil (perenggan ini terbentuk sehubungan dengan kegiatan olakan kuat yang teratur) yang terdapat antara jisim udara yang disejukkan oleh hujan dari awan ribut petir dan udara panas di sekitarnya. Ia mungkin merupakan bahagian hadapan gelombang tekanan tinggi.
psychosomaticpsikosomatikPerubatanTiadaBerkaitan dengan perkaitan antara jasad dan minda khususnya sehubungan dengan gangguan fizikal, seperti ulser peptik, asma dan migrain.
almoneralmonerPerubatanTiadaPegawai kebajikan hospital yang terlatih untuk menyiasat keadaan rumah tangga dan sosial pesakit sehubungan dengan penyakit yang dihidapinya
mixing rationisbah campurSainsHidrometeorologiNisbah jisim sesuatu juzuk gas atmosfera (contohnya ozon) terhadap jisim udara yang berkaitan dengannya. Istilah ini selalunya digunakan sehubungan dengan campuran wap air dengan udara kering dalam atmosfera. Lihat juga nisbah campuran kelembapan.
brand associationkeberkaitan jenamaKomunikasiKorporatKeadaan mengaitkan sesuatu jenama dengan sesuatu nilai yang terdapat dalam kehidupan pengguna. Proses mengaitkan barangan dengan nilai kehidupan pengguna ini dirancang secara strategik oleh perancangan pengiklanan untuk menguasai pasaran. Matlamat perancangan adalah untuk memastikan khalayak menerima barangan yang dipasarkan sebagai satu keperluan kehidupan. Sehubungan itu, perancang pengiklanan perlu mengaitkan barangan dengan sesuatu yang bermakna dalam kehidupan seperti gaya hidup, kasih sayang, hubungan antara manusia, dan hubungan manusia dengan alam. Contohnya, jenama A dikaitkan dengan keselesaan dan keunggulan. Jenama B dikaitkan dengan gaya hidup yang sihat, manakala jenama C dikaitkan dengan kehidupan yang aktif. Kesan daripada perancangan strategik ini boleh membantu pengguna untuk membuat perkaitan antara jenama dengan nilai kehidupan yang baik sehingga mewujudkan suatu ciri budaya yang positif.
codekodKesusasteraanTiadaSet pelambangan yang dicipta oleh penulis untuk teks kreatifnya. Konsep kod membayangkan bahawa penulis dan pembaca terikat dengan suatu set konvensi yang dikongsi bersama dan memberi erti kepada realiti dan pengalaman mereka. Dengan perkongsian ini, teks dapat difahami. Sebaliknya, ada teks yang mungkin tidak difahami dan dianggap tidak bernilai kerana komuniti pembaca tidak memiliki kod yang sama seperti penulis, ataupun kod itu tersembunyi daripada pembaca. Sehubungan dengan itu, Roland Barthes mengandaikan bahawa sesebuah teks dikodkan menurut budaya masing-masing agar pembaca diarahkan menggunakan kaedah interpretasi yang dikongsi oleh komuniti budaya tersebut.
antiflatulentantiflatulenFarmasiFarmakologi1. Berkaitan dengaomerawatangin atau gas yang berlebihan di dalam salur gastrousus. 2. Agen yang dapat menghalang penghasilan angin atau gas yang berlebihan di dalam perut dan usus. Terdapat dua jenis mekanisme tindakan agen ini, iaitu dengan menghalang penghasilan gas atau membebaskan gas dari salur gastrousus. Contoh agen yang menghalang penghasilan gas ialah makanan tambahan berasaskan enzim (MTBE} seperti produk yang mengandungi a-galaktosidase atau laktase, dan perencat berasaskan herba (PBH} seperti kayu manis, halia dan bawang. MTBE memecahkan bahan-bahan tidak hadam dan menghalang bahan ini daripada sampai ke usus besar bagi menjalani proses fermentasi oleh bakteria anaerobik sehingga menghasilkan gas. PBH mengurangkan gas terutamanya gas yang terhasil akibat memakan tum.buhan kekacang. Contoh agen yang membebaskan gas ialah simetikon. Agen ini akan bergabung dengan buih-buih gas kecil untuk membentuk buih-buih besar.Sehubungan itu, ia akan memudahkan pembebasan gas di dalam salur gastrousus melalui p

Kembali ke atas