lumpsum pawn redeemtion | penebusan gadaian sekali gus | Ekonomi | Ekonomi Islam | Proses pengambilan semula barang gadaian oleh penggadai dengan cara membuat pembayaran sekali gus pada akhir tempoh matang gadaian. Penebusan dilakukan dengan melunaskan pinjaman serta membayar semua upah simpan dengan sekali bayaran sahaja. |
one-off budget | belanjawan sekali beri | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Peruntukan kewangan yang hanya diberikan sekali sahaja bagi sesuatu tujuan. Ia tidak berkala seperti bulanan, tahunan atau dwi tahunan. Biasanya belanjawan seperti ini digunakan untuk perbelanjaan yang tidak tetap, tidak berulang dan bersifat hangus. Belanjawan ini biasanya diberikan pada awal tahun dan salah satu cara ia digunakan ialah untuk membeli alat perkakasan dan perabot pejabat. |
carry | sekali sentuh | Sukan | Tiada | Keadaan apabila bola yang tersentuh lama dengan raket dan ini tidak dibenarkan. Bola hanya boleh mengenai muka raket sekali sahaja. |
Write Once Read Many (WORM) | Tulis Sekali Baca Banyak (WORM) | Teknologi Maklumat | Tiada | Kaedah penyimpanan data dalam peranti storan yang hanya boleh dirakam sekali sahaja tetapi boleh dibaca banyak kali. Kawasan peranti storan yang telah digunakan untuk rakaman tidak boleh dipadam atau dirakam semula. Contoh peranti storan adalah seperti Ingatan Baca Sahaja (ROM), CD-ROM dan CD-R. |
WORM (write once read many) | WORM (tulis sekali baca banyak ) | Teknologi Maklumat | Tiada | Sistem storan cakera optik yang membenarkan tulisan dibuat hanya sekali tetapi boleh dibaca berkali-kali. |
one-time pad encryption | penyulitan pad sekali | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kaedah penyulitan yang menggunakan senarai rawak kekunci rahsia penyulitan. Setiap kekunci rahsia tersebut hanya digunakan sekali sahaja. Kaedah ini dianggap paling sempurna. Contohnya, sifer Vernam. |
CD-write once (CD-WO) | CD-tulis sekali (CD-WO) | Teknologi Maklumat | Tiada | Teknologi cakera dan pemacu CD-ROM yang membenarkan pengguna merekod data di atas cakera sekali sahaja. Selalunya digunakan sebagai cakera ujian atau sampel sebelum cakera induk disediakan. |
hapax | hapaks | Kesusasteraan | Tiada | Satu perkataan atau bentuk yang muncul sekali sahaja di dalam sesebuah naskhah. Contoh: kata 'aja' mangkana sira' hanya muncul sekali dalam Hikayat Pandawa Lima. |
room night | sekali inap | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kiraan inapan pelanggan untuk satu hari satu malam, contohnya pelanggan mendaftar masuk pada pukul 12.00 tengah hari dan keluar pada pukul 12.00 tengah hari keesokan harinya. |
bed night | sekali inap | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kiraan inapan pelanggan untuk satu hari satu malam, contohnya pelanggan mendaftar masuk pada pukul 12.00 tengah hari dan keluar pada pukul 12.00 tengah hari keesokan harinya. |