kafalah mu‘allaqah | jaminan bersyarat | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jaminan yang tertakluk kepada syarat dan sekiranya syarat tersebut dipatuhi, maka wujud jaminan. Contohnya, ucapan kepada pemiutang "Sekiranya hutang tidak dibayar setelah cukup tempoh perjanjian, saya akan melangsaikannya". Contoh lain, ucapan kepada penjual "Jualkan barang itu kepada beliau dan sekiranya dia tidak membayar harga barang itu, saya akan membayarnya". Maka tuntutan harga barangan tersebut boleh dituntut sekiranya pembeli gagal membayarnya. Menurut mazhab Syafii, kafalah mu‘allaqah dianggap tidak sah sekiranya terdapat ta‘liq, tetapi dianggap sah menurut mazhab Hanafi dan sebahagian ulama mazhab Hambali. Sinonim kafalah ta’liqah. |
structural gene | gen tambah | Bioteknologi | Tiada | Gen-gen yang bersaling tindak, tetapi tidak menunjukkan kedominanan sekiranya gen itu alel atau tidak menunjukkan epistasis sekiranya gen tersebut bukan alel. |
substitute porposal | cadangan bertindih | Pentadbiran | Tiada | Cadangan dua projek yang mempunyai aliran tunai yang kurang sekiranya projek tersebut dilaksanakan serentak berbanding dengan aliran tunai sekiranya dilaksanakan berasingan. |
deficiency | kedefisienan | Biologi | Genetik | Kehilangan sebahagian daripada kromosom. Kedefisienan yang terhasil dinamai kedefisienan terminal sekiranya bahagian yang hilang ialah bahagian hujung, dan dinamai kedefisienan interkalari sekiranya bahagian yang hilang ialah bahagian dalam. |
presumed negligence | kecuaian terandai | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Menurut doktrin ini, individu akan diandaikan cuai sekiranya didapati keadaan menyebabkan sesuatu kecederaan atau kerugian itu adalah di bawah kawalannya dan sekiranya boleh dibuktikan kerugian hanya berlaku jika individu tersebut cuai. |
khiyar ‘aib | khiyar barang rosak | Perniagaan Islam | Tiada | Hak pemilihan pembeli sekiranya terdapat kerosakan atau kecacatan pada produk. Kecacatan hendaklah berlaku sebelum atau semasa akad dan pembeli tidak mengetahui kerosakan tersebut. Sekiranya pembeli mengetahui terdapat kerosakan tetapi masih meneruskan pembelian, maka pembeli tidak mempunyai hak untuk menamatkan akad atau meminta diskaun. |
return commission | komisen pulangan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Komisen yang dibayar balik oleh ejen sekiranya polisi dibatalkan sebelum tarikh tamat polisi tersebut. Keadaan ini wujud kerana komisen adalah berdasarkan kepada premium tahunan, dan sekiranya polisi dibatalkan sebelum premium diperolehi sepenuhnya, bahagian prorata komisen akan dikembalikan. |
تعليق الطلاق | talak bertaklik | Agama Islam | Fiqh | Talak yang dikaitkan kepada sesuatu perkara. Contohnya, suami berkata kepada isterinya, " Sekiranya keluar dari rumah gugulah satu talak". Talak akan jatuh sekiranya si isteri keluar dari rumah. |
game-palying syndrome | sindrom main permainan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Tingkah laku psikologi pada pengguna hasad yang menyatakan bahawa pencerobohan sistem komputer tidak salah sekiranya sistem tersebut boleh diceroboh dengan mudah. Sindrom ini menyebabkan pengguna hasad beranggapan sekiranya terdapat cara untuk mencerobohi sistem atau menjalankan aktiviti yang boleh mengubah aset sistem, maka tindakan ini tidak menjadi kesalahan. Pengguna hasad beranggapan, sekiranya pemilik sistem berhasrat hendak menghalang pengguna daripada melakukan aktiviti tersebut, maka pemilik sistem berkenaan hendaklah memasang fungsi keselamatan yang sukar ditembusi. |
deuce | dius | Sukan | Tiada | Penentuan pemberian mata dalam permainan; sekiranya dalam permainan 9 mata maka pada mata ke-8, penerima servis diberi pilihan untuk memilih mata tambahan sama ada satu atau dua mata menjadi 9 atau 10 mata; sekiranya dalam permainan 15 mata maka pada mata ke-14, penerima servis diberi pilihan memilih mata tambahan sama ada satu atau tiga mata menjadi 15 atau 17 mata untuk mencapai kemenangan. |