Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ko.lah] | سکوله

Definisi : 1. tempat utk belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran: ~ Melayu; ~ menengah; 2. masa belajar di sekolah: pukul berapa ~ dimulakan tiap-tiap hari? 3. penuntutan ilmu, pengajaran atau pelajaran (yg diperoleh dr sekolah), ilmu pengetahuan: saya ingin benar hendak melanjutkan ~ saya ke peringkat yg lebih tinggi; 4. bp pergi ke sekolah, menuntut (di sekolah): kenapa engkau tidak ~ hari ini? ~ atap sekolah kampung (biasanya beratap daun nipah dll); ~ bestari sekolah yg berasaskan komputer dan multimedia sbg bahan bantuan pembelajaran; ~ buta huruf = ~ dewasa sekolah utk orang dewasa yg buta huruf; ~ liar Id sekolah persendirian yg tidak menurut syarat-syarat yg ditentukan oleh kerajaan; ~ malam sekolah yg diadakan pd waktu malam sahaja; ~ menengah sekolah peringkat menengah yg penuntut-penun­tutnya berumur antara 13 tahun hingga 19 tahun (selepas pendidikan awal di sekolah rendah); ~ partikelir Id sekolah yg tidak didiri-kan oleh pemerintah; ~ pembaik akhlak sekolah tempat membaiki akhlak kanak-kanak dll; ~ penerbangan pusat yg melatih bakal juruterbang; ~ pondok sekolah agama di kampung-kampung; ~ rakyat a) sekolah persendirian di kampung-kampung; b) Id = ~ rendah sekolah permulaan (utk kanak-kanak); ~ siswazah jabatan atau fakulti di sesebuah universiti yg menawarkan kursus atau pengajian lanjutan kpd para siswazah; ~ subsidi Id sekolah persendirian yg mendapat bantuan drpd pemerintah; ~ terbang sekolah yg mengajarkan pengetahuan dan kepandaian memandu kapal terbang; ~ tinggi universiti; ~ wawasan gabungan tiga jenis sekolah rendah, iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil yg terletak di dlm satu kawasan yg sama dan berkongsi kemudahan spt padang permainan, dewan, kantin dsb dgn tujuan utk memupuk perpaduan antara kaum; bersekolah 1. (mulai) menuntut di sekolah, pergi ke sekolah: kanak-kanak yg baru ~ terpaksa mengubah kebiasaan mereka; 2. berpendidikan atau berpelajaran (kerana terlatih di sekolah): orang-orang yg ~; menyekolahkan memasukkan ke sekolah, menyuruh bersekolah: dia berjanji akan ~ adik perempuannya itu; sekolahan Id ark rumah sekolah; persekolahan perihal sekolah: ibunya me-ninggal dunia ketika mengurus ~nya; sepersekolahan bersama-sama menuntut di sekolah: kawan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ko.lah] | سکوله

Definisi : 1 bangunan tempat mengajar dan belajar: Tiap-tiap hari, saya pergi ke ~ dgn bas. 2 masa belajar di sekolah: Pukul berapa ~ dimulakan? 3 perbuatan atau usaha mencari ilmu pengetahuan: Dia ingin melanjutkan ~nya di Kuala Lumpur. ~ berasrama sekolah yg ada asramanya utk sebilangan muridnya. ~ berasrama penuh sekolah yg menyediakan asrama dan segala kemudahan termasuk ma­kan minum, tempat belajar dsb utk semua murid di sekolah tsb. ~ bestari sekolah yg berasaskan komputer dan multimedia sbg bahan bantuan dlm proses pembelajaran. ~ buta huruf (dewasa) sekolah utk orang-orang de­wasa yg tidak tahu membaca atau menulis. ~ malam sekolah yg diadakan pd waktu malam saja. ~ menengah sekolah drpd tingkatan satu hingga tingkatan enam. ~ rendah sekolah utk kanak-kanak drpd darjah satu hingga darjah enam. ~ tinggi universiti. ~ wawasan gabungan tiga jenis sekolah rendah, iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Cina dan Sekolah Tamil, yg terletak di dlm satu kawasan yg sama dan berkongsi kemudahan asas spt padang, dewan, kantin, dgn tujuan utk memupuk semangat integrasi nasional. bersekolah 1 belajar di sekolah: Gadis itu masih ~. 2 berpendidikan; berpelajaran: orang-orang yg ~. menye­kolahkan memasukkan ke sekolah: Ibu bapa bertanggungjawab ~ anak-anak mereka. persekolahan hal bersekolah: Saya menghabiskan ~ saya di Kolej Melayu, Kuala Kangsar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sekolah (kata nama)
Bersinonim dengan madrasah, perguruan, kolej, maktab, sekolah pondok;,
Kata Terbitan : bersekolah, menyekolahkan, persekolahan,

Puisi
 

Datang cikgu menanam kacang,
     Ditanam oleh anak sekolah;
Hendak menembak burung terbang,
     Burung terbang terlampau payah.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
elementary educationpendidikan dasarSejarahTiadaPendidikan asas yang menekankan pembelajaran membaca, menulis dan mengira, biasanya bermula dari prasekolah hingga ke darjah enam, bagi sekolah-sekolah di Malaysia, manakala di Britain pula dari prasekolah hingga gred 8.
truancyponteng sekolahPendidikanTiadaKegagalan kanak-kanak sekolah menghadiri sekolah seperti biasa yang dikehendaki undang-undang tanpa alasan yang munasabah.
MyDigital Champion SchoolSekolah Juara MyDigitalPendidikanTiadaSekolah yang mempamerkan kelestarian digital dalam segala aspek pengurusan sekolah dan boleh dijadikan contoh.
student with special educational needsmurid berkeperluan pendidikan khas (MBPK)UmumTiadaPelajar sekolah yang menyertai sekolah pendidikan khas, program pendidikan khas integrasi dan program pendidikan inklusif.
school-based health centrespusat kesihatan berasaskan sekolahKejururawatanTiadaPusat kesihatan yang terletak di sekolah untuk memberi perkhidmatan kesihatan dari aspek pencegahan, promosi dan rawatan perubatan kepada pelajar sekolah.
Inclusive Education Programmeprogram pendidikan inklusifUmumTiadaMurid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) menghadiri kelas bersama-sama dengan murid lain di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.
juvenile delinquencydelinkuensi juvanaKriminologiKeadilan JenayahTingkah laku antisosial atau tindakan yang melanggar undang-undang yang dilakukan oleh juvana. Contohnya, pelajar sekolah yang melanggar peraturan sekolah secara berterusan.
effective schoolsekolah berkesanPendidikanTiadaSekolah yang menekankan ciri-ciri seperti peningkatan pencapaian markah, motivasi yang tinggi untuk belajar, berdisplin, bertanggungjawab dan berfikiran secara kritikal.
secondry schoolsekolah menengahPendidikanTiadaSekolah untuk pelajar yang berusia 13 hingga 18 tahun.
public schoolsekolah awamPendidikanTiadaSekolah yang dibiayai dan ditadbir oleh kerajaan.
12345678910...

Kembali ke atas