homogametic sex | seks homogamet | Biologi | Genetik | Seks pada individu yang mempunyai kromosom seks yang serupa. Pada manusia, betina mempunyai kromosom seks XX. bd. seks heterogamet. |
heterogametic sex | seks heterogamet | Biologi | Genetik | Seks pada individu yang mempunyai kromosom seks yang tidak serupa. Pada manusia, jantan mempunyai pasangan kromosom seks XY. bd. seks homogamet. |
sex pheromone | feromon seks | Veterinar | Praklinikal | Sebatian kimia semula jadi yang terdapat pada semua serangga; haiwan dan manusia. Penghasilan feromon seks adalah secara spontan dan hampir tidak boleh dikawal. Feromon seks sangat penting untuk kemandirian spesies; pengenalpastian dan pengisyaratan minat terhadap pasangan. Feromon seks dikesan melalui organ vomeronasum pada hidung. Feromon seks merangsang hipotalamus; iaitu pusat emosi melalui penghantaran isyarat tarikan dan kemahuan. Kesannya ialah tarikan pengawanan antara pasangan secara naluri. Pada musim pengawanan; anjing betina merembeskan feromon seks untuk menarik perhatian anjing jantan dari jarak yang jauh. |
sex chromosome | kromosom seks | Bioteknologi | Tiada | Kromosom yang menentukan seks sesuatu organisma. Pada haiwan, terdapat dua jenis kromosom seks, iaitu kromosom X dan Y. Kromosom X lebih besar daripada kromosom Y. Pada organisma diploid, kromosom X wujud sebagai seks homogamet (XX) dan heterogamet (XY). Pada mamalia dan manusia, kromosomXX terdapat dalam betina, XY terdapat dalam jantan. Kromosom Y membawa maklumat genetik jantan. |
eroticism | erotisisme | Perubatan | Tiada | 1. Naluri atau keinginan seks.,2. Pengungkapan dorongan seks. |
eroticism | erotisisme | Perubatan | Tiada | 1. Naluri atau keinginan seks. 2. Pengungkapan dorongan seks. |
eroticism | erotisisme | Perubatan | Tiada | 1. Naluri atau keinginan seks. 2. Pengungkapan dorongan seks. Lihat juga narsisisme. |
gamet | gamet | Biologi | Mikologi | Sel haploid yang terlibat dalam pembiakan seks. Dalam pembiakan seks ini, dua gamet bertaup untuk membentuk zigot. |
sex-conditioned character | ciri bersyarat-seks/jantina | Biologi | Genetik | Fenotip yang dipengaruhi oleh seks sesuatu individu. ciri terpengaruh-seks. |
desexualization | penyahseksualan | Gerontologi | Tiada | Perihal menahan keinginan untuk melakukan kegiatan seks, atau menyalurkan tenaga seks kepada aktiviti lain yang boleh diterima oleh masyarakat. |