anemia | anemia | Biologi | Fisiologi | Keadaan apabila berlaku pengurangan bilangan sel darah merah yang beredar, jumlah hemoglobin atau isi padu sel darah merah darah. Keadaan ini berlaku apabila kandungan hemoglobin kurang daripada 13-14g/100ml. |
anemia | anemia | Kimia | Biokimia | Keadaan jumlah sel darah merah, isi padu sel darah merah dan kandungan hemoglobin darah yang lebih rendah daripada biasa. Oleh kerana itu, darah tidak dapat mengangkut oksigen kepada tisu-tisu dengan sempurna sehingga menyebabkan badan menjadi lemah, kurang daya tahan terhadap penyakit dan sebagainya. |
polycythemia | polisitemia | Perubatan | Tiada | Keadaan apabila meningkatnya sel darah merah di dalam darah, yang biasanya disertai dengan peningkatan amaun hemoglobin di dalam isi padu terpadat sel darah merah, misalnya polisitemia vera. |
haemagglutination | penghemaglutinatan | Perubatan | Tiada | Pembekuan sel-sel darah merah disebabkan oleh sesuatu antibodi yang khusus atau oleh virus. |
anaemia | anemia | Biologi | Mikrobiologi | Gejala yang berlaku kerana kekurangan sel darah merah dalam darah, atau kerana kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. keadaan ini menyebabkan darah kurang berupaya mengangkut oksigen yang secukupnya untuk keperluan badan. dengan itu, tisu akan kekurangan oksigen dan badan menjadi sangat lemah. |
anaemia | anemia | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Keadaan yang berlaku disebabkan kekurangan sel darah merah dalam darah atau kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Keadaan ini menyebabkan darah kurang berupaya mengangkut oksigen yang secukupnya untuk keperluan badan. Akibatnya, tisu akan kekurangan oksigen dan badan menjadi sangat lemah. |
spleen | limpa | Biologi | Histologi dan Sitologi | Organ vaskular vertebrat yang menghasilkan limfosit (sel darah putih) dan juga menjadi tempat sel darah merah dimusnahkan, lalu membebaskan hemoglobin dan ditukarkan menjadi bilirubin di dalam hati. Limpa juga bertindak sebagai takungan darah dan berfungsi membentuk sel darah merah yang baru di dalam fetus dan bayi. |
red blood cell | sel darah merah | Veterinar | Tiada | Tiada |
red blood cell | sel darah merah | Kimia | Tiada | Tiada |
red blood cell count | kiraan sel darah merah | Veterinar | Tiada | Tiada |