rare bases | bes nadir | Biologi | Genetik | Purina (selain adenina dan guanina) dan pirimidina (selain sitosina dan urasil) yang terdapat dalam RNA pemindah. |
rare bases | bes nadir | Kimia | Tiada | Purina (selain adenina dan guanina) dan pirimidina (selain sitosina dan urasil) yang terdapat dalam RNA pemindah. |
foreign matter | bendasing | Herba | Tiada | Sebarang bahan yang hadir dalam bahan herba selain yang dinyatakan dalam spesifikasi monograf herba tersebut. Bendasing terdiri daripada bahagian atau spesies tumbuhan selain yang dinyatakan dalam spesifikasi monograf herba tersebut, tanah, pasir, batu, habuk, kulat, serangga, haiwan dan feses haiwan. Bendasing ditentukan dengan menabur sejumlah berat bahan herba dalam bentuk asal pada permukaan rata. Bendasing dikesan melalui penglihatan kasar atau bantuan kanta pembesar, diasing dan ditimbang. Nilai peratusan bendasing ditentukan daripada ungkapan 100a/b iaitu a ialah berat bendasing dan b ialah berat asal bahan herba. Nilai ini merupakan ukuran ketulenan dan menandakan kehadiran bahan pencemar atau pemalsu. Kebanyakan piawai mengehadkan kandungan bendasing dalam bahan mentah herba kurang daripada 2%w/w. Namun, bahan mentah herba mesti bebas daripada kulat, serangga atau cemaran haiwan. Pemeriksaan mikroskopi digunakan untuk mengesan kehadiran bendasing dalam serbuk bahan mentah herba. |
morphinoid | morfinoid | Herba | Fitokimia | Kumpulan sebatian yang mempunyai ciri struktur rangka asas yang sama dengan morfina. Selain morfina, sebatian alkaloid ini juga dihasilkan daripada pelbagai tumbuhan selain popi. Contohnya, sebiferina daripada Alseodaphne perakensis dan amarillisina daripada Amaryllis belladonna. |
nuclear installation | pepasangan nuklear | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Kemudahan nuklear berlesen yang terlibat dengan kitaran bahan api nuklear, selain daripada kemudahan melombong dan memproses bijih uranium atau torium, dan selain daripada kemudahan pelupusan sisa radioaktif. |
general aviation | penerbangan am | Aeroangkasa | Tiada | Sejenis industri penerbangan selain daripada sistem talian udara dan penerbangan ketenteraan.,1. Terangkat: Keadaan pada laju tertentu yang mana juruterbang menarik turus kawal ke belakang untuk membolehkan pesawat udara meninggalkan bumi.,Sejenis industri penerbangan selain daripada sistem talian udara dan penerbangan ketenteraan. |
rice by-products | hasil sampingan padi | Veterinar | Tiada | Hasil bukan utama yang diperoleh daripada padi selain hasil utama iaitu beras. Contoh bahan sampingan ini ialah jerami dan dedak yang digunakan sebagai bahan makanan ternakan. Selain itu, sekam padi boleh digunakan sebagai bahan binaan bangunan. |
oil palm by-products | hasil sampingan kelapa sawit | Veterinar | Tiada | Hasil bukan utama yang diperoleh daripada kelapa sawit selain daripada minyak. Contoh bahan sampingan ini ialah pelepah kelapa sawit, mil isirung kelapa sawit dan enapcemar kelapa sawit yang digunakan sebagai bahan makanan ternakan ruminan. Selain itu, batang kelapa sawit boleh digunakan untuk membuat perabot dan bahan bangunan. Serabut kelapa sawit pula digunakan sebagai sungkupan tanaman dan tandan kelapa sawit yang dibakar serta abunya dijadikan sebagai baja. |
creep feed | makanan ternakan rayap | Veterinar | Tiada | Makanan pepejal yang diberi pada pertama kali untuk mengajar anak ternakan supaya menerima makanan selain daripada susu. Pemakanan ini dapat membantu meningkatkan berat badan anak selepas disapih. Makanan ini biasanya mengandungi nilai protein yang tinggi, mudah dicerna dan rasa yang lazat. Selain itu, bahan perasa kerap digunakan bagi meningkatkan selera makan kepada anak tersebut. |
in addition | selain daripada itu | Pentadbiran | Tiada | Tiada |