Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.la.sih] | سلاسيه

Definisi : = ~ putih sj tumbuhan (herba utk rempah dan ubat), ruku-ruku, Ocimum basi-licum; ~ dandi a) sj tumbuhan (herba), ara batu, daun misai kucing, rumput tahi ayam, Ageratum conyzoides; b) = ~ hutan sj tumbuhan (pokok renek), Stachytarpheta indica; buah ~ sj tumbuhan (herba dan buah), Passiflora foetida; bunga ~ bunga pokok selasih putih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.la.sih] | سلاسيه

Definisi : nama sj herba yg dpt dijadikan ubat dsb, Ocinum basilicum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selasih

Puisi
 

Sayang selasih sama selasih,
     Selasih tumbuh di tepi kolam;
Kalau hati sesama kasih,
     Rindu dipendam siang malam.


Lihat selanjutnya...(152)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
frigate tunaaya selasihPerikananTiadaSejenis ikan pelagik daripada famili Scombridae, spesies Auxis thazard, iaitu sejenis ikan yang berbentuk bulat, memanjang dan menirus di bahagian belakang badannya. Bahagian belakang badannya berwarna kebiru-biruan, bahagian perut berwarna putih, manakala bahagian atas kepalanya berwarna keungu-unguan gelap atau hampir hitam. Ikan jenis ini berenang dalam kumpulan besar pada musim tenang dan gemar memakan ikan pelagik kecil dan plankton. Tabiat ikan ini suka berkumpul di bawah objek terapung seperti batang kayu, peranti pengumpul ikan atau objek-objek lain. Ikan ini menjadi tumpuan pemancing kerana sifatnya yang suka melawan. Nama lain bagi ikan ini ialah tongkol selasih dan bakulan.
basil (Ocimum basilicum)selasih (Ocimum basilicum)Pentadbiran PerniagaanTiadaHerba daripada jenis pudina yang kuat baunya untuk masakan ala Mediterranean.
basil (Ocimum basilicum)selasih (Ocimum basilicum)SosiologiTiadaHerba daripada jenis pudina yang kuat baunya untuk masakan ala Mediterranean.
basil (Ocimum basilicum)selasih (Ocimum basilicum)PertanianTiadaTiada
Amaranthus caudatusbayam selasih (Amaranthus caudatus)PertanianTiadaTiada
common snake weed (Stachytarpheta indica)selasih dandi (Stachy tarpheta indica)VeterinarTiadaTiada
little tunatuna kecilPerikananTiadaIkan tuna daripada famili Scombridae, iaitu kumpulan ikan pelagik neritik yang bersaiz kecil seperti aya selasih, aya kurik dan aya hitam. Tuna kecil mempunyai bentuk badan seperti torpedo, dua sirip belakang yang terpisah dan berwarna kehitam-hitaman atau kebiruan-biruan mengikut spesies. Ikan ini berhijrah mengikut musim dan terhad di kawasan pantai rantau benua. Ikan ini boleh ditangkap menggunakan pancing, pukat hanyut dan pukat jerut. Tuna kecil menggemari umpan tiruan berbentuk ikan atau sotong. Sinonim tongkol kecil. Lihat juga pelagik, neritik.

Kembali ke atas