phenylpropanolamine hydrochloride | fenilpropanolamina hidroklorida | Kimia | Forensik | Formula kimia, C9H13 NO.HCI; nama dagang, Phenyldrine. Serbuk berhablur putih, takat lebur 190�C - 194�C, larut dalam air dan etanol, tidak larut dalam eter, kloroform dan benzena. Dekongestan yang digunakan untuk melegakan hidung tersumbat dan gejala selesema yang lain. Kegunaannya dihalang dalam kes tekanan darah tinggi, penyakit arteri jantung, atau alergi yang diketahui terhadapnya. Kesan sampingannya termasuk gementar, sukar tidur, hilang selera makan, dan tekanan darah tinggi. Dos terapeutik ialah 0.1 �g/mL- 0.5 �g/mL, dos toksik ialah 2 �g/mL, dos maut ialah 48 �g/mL. Sinonim midriatin. |