Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.mang.ku/] | سمڠکوق

Definisi : ; kembang ~ sj tumbuhan (pokok yg bijinya dibuat ubat), selayar, Scaphium affine (linearicarpum). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata semangkuk

Puisi
 

Gendang bertabuh tigalah bangsal,
     Jamu-berjamu semangkuk jeluk;
Nak menambat kasih yang tunggal,
     Macam ikan balik ke lubuk.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kembang semangkukkembang semangkukPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Seaphium spp. daripada famili Sterculiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah kembang semangkuk bulat dan kembang semangkuk jantung, dan di Sabah ialah kembang semangkuk batu. Spesies utama kayu ini termasuk Scaphium macropodum, S. linearicarpum, dan S. longiflorum. Gubal kayu dan teras kayu kembang semangkuk berwarna hampir sama, iaitu kuning coklat atau coklat muda. Tekstur kayunya agak kasar dan tidak sekata, kerana mempunyai ruji dan lapisan parenkima yang lebar. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 515 hingga 755 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu kembang semangkuk ini menghasilkan pola ira yang menarik dan menjadikannya sesuai untuk hiasan dalaman, papan panel, papan lapis, dan venir hiasan.
kembang semangkukkembang semangkukKesenianTiadaMotif tenunan berunsur tumbuhan berbentuk buah kembang semangkuk.
samplesampelPertanianAgronomi

 Spesimen kecil yang diambil untuk mewakili populasi yang besar. Contohnya, sehelai daun diambil untuk mengkaji kandungan nutrien dalam pokok atau semangkuk tanah diambil untuk mengkaji tahap kesuburan tanah. 

allegoryalegoriKesenianDrama dan TeaterIdea atau konsep abstrak dalam bentuk watak, objek atau lambang untuk memberikan sesuatu pengertian lain yang lebih penting di luar karya. Contohnya, syarat-syarat hantaran peminangan yang diberikan oleh Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Mahmud, iaitu tujuh dulang hati nyamuk, tujuh tempayan air mata anak dara dan semangkuk darah putera raja dalam sejarah Melayu.

Kembali ke atas