Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sen.du.du/] | سندودوق

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok renek), Mela-stoma malabathricum (imbricatum, molle, muticum, sanguineum); 2. sj tumbuhan (pokok renek yg berasal dr Brazil), Tibouchina semi-decandra; akar ~ sj tumbuhan (pokok me-manjat), kemunting akar, Marumia nemorosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sen.du.du/] | سندودوق

Definisi : beberapa jenis pokok renek yg buah dan pucuknya boleh dimakan; keduduk, Melastoma spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata senduduk

Puisi
 

Pohon senduduk pohon serai,
     Pohon senduduk buat pedati;
Dengar kokok berderai-derai,
     Melihat ekor bergelumang tahi.


Lihat selanjutnya...(21)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Melastoma malabathricumsendudukHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan renek dalam famili Melastomataceae. Senduduk tumbuh subur sebagai rumpai di tanah terbiar. Pokok ini mempunyai banyak cabang, berbunga dan berbuah di sepanjang tahun. Batangnya berwarna kemerah-merahan dan diselaputi bulu halus. Daunnya ringkas berbentuk eliptik lanseolat dan berbulu. Jambak bunganya jenis sima yang tumbuh di hujung dahan. Bunganya besar berwarna ungu kemerah-merahan. Buahnya jenis beri dan pulpa berwarna biru gelap mengandungi biji kecil berwarna jingga. Daun dan buahnya dimakan mentah untuk merawat cirit-birit. Air rebusan daun dan akar diminum oleh ibu selepas bersalin sebagai tonik. Daun yang dilumatkan dibuat sapuan untuk menghilangkan kesan parut cacar, kudis, demam campak dan merawat luka. Air rebusan akar dibuat kumur untuk mengurangkan sakit gigi. Air rebusan daun bersama halia diminum untuk merawat haid yang berlebihan. Daun muda dan buah masak boleh dimakan.
mauvemerah senduduk (ungu mof)KimiaTiadaTiada
mauvemerah senduduk (ungu mof)PerikananTiadaTiada
mauvemerah senduduk (ungu mof)KesenianTiadaTiada
mauvemerah senduduk (ungu mof)KesenianTiadaWarna merah keunguan.
Singapore rhododendron (Melastoma malabathricum)senduduk (Melastoma malabathricum)PertanianTiadaTiada
straits rhonodendron (Melastoma malabathricum)senduduk (Melastoma malabathricum)VeterinarTiadaTiada
vegetated swalealur bertumbuhanLandskapTiadaParit kecil yang dilapisi dengan rumput dan tumbuhan kecil seperti senduduk dan resam. Parit ini biasanya terdapat di sekitar kawasan taman, padang permainan dan kawasan semula jadi.
cuneatekuneatHerbaBotani dan BioteknologiBentuk pangkal daun yang menirus 45� ke bahagian petiol. Contohnya, daun senduduk (Melastoma malabrathicum) dan sambung nyawa (Gynura procumbens).
shrubpokok renekPertanianAgronomi

 Tumbuhan berbatang keras dan tumbuh tidak lebih daripada 6 meter. Contohnya, pokok senduduk (Melastoma malabathricum), siantan (Ixora spp.) atau pokok teh (Camellia sinensis). Pokok renek biasanya mempunyai banyak cabang yang berdaun lebat. Rupa bentuk pokok ini mudah dikawal dengan cara pencantasan.

12

Kembali ke atas