vegetation remain | tinggalan tumbuhan | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Bahan yang dijumpai semasa kerja ekskavasi yang ditinggalkan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Tinggalan secara sengaja dilakukan oleh manusia manakala tidak sengaja dilakukan oleh binatang. Tinggalan tumbuhan ini dapat menentukan keadaan alam sekitar, jenis makanan, corak pemakanan dan jenis budaya sesuatu tapak. Tinggalan ini juga boleh dijadikan bahan untuk menentukan umur sesuatu budaya. Contohnya, padi, kekacang, debunga dan jagung. |
microbial contamination | kontaminasi mikrob | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Pendedahan secara tak sengaja atau sengaja bahan berjangkit seperti bakteria, yis, kulat, virus, prion, protozoa atau toksin serta produk sampingannya. |
overdose | dos berlebihan | Farmasi | Farmakologi | Agen, drug terapeutik atau narkotik yang diambil berlebihan secara sengaja atau tidak sengaja. Keadaan ini berlalu apabila seseorang mengambil agen tersebut melebihi dos yang disyorkan sehingga boleh mendatangkan mudarat atau boleh menyebabkan kematian. |
slag code | kod lebihan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kod pengaturcaraan yang bertindak bom logik yang disertakan secara sengaja atau tidak sengaja bersama kod atur cara yang lain dalam suatu perisian. Kod lebihan ini direka bentuk untuk menjalankan arahan pada masa atau keadaan pada sistem tertentu. Tindakan yang mungkin berlaku adalah arahan henti sepenuhnya pada perisian tersebut tanpa mengambil kira aktiviti lain yang sedang dijalankan oleh perisian. Contohnya, tetingkap amaran tanpa maklumat yang ditulis sebagai kod jerat sementara, mungkin akan terpapar pada setiap ralat yang dilakukan oleh sistem. |
operational data security | keselamatan data pengendalian | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kawalan yang dikenakan oleh sistem pengendalian atau perisian untuk memastikan data yang diperlukan dalam bentuk tertentu sentiasa terlindung daripada sebarang perubahan dan pendedahan sama ada secara sengaja, tidak sengaja, atau terlarang semasa pengendalian input, pemprosesan dan output. |
mixed founts | fon bercampur | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Fon atau gaya huruf yang mempunyai lebih daripada satu jenis yang dicetak pada sekeping setem sama ada sengaja atau tidak sengaja. |
AIS security | keselamatan AIS | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Langkah dan kawalan yang melindungi suatu sistem AIS daripada serangan oleh pengguna hasad, sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja. Kawalan ini meliputi kefungsian perkakasan atau perisian, ciri, tatacara dan kawalan capaian sistem itu sendiri. Sinonim keselamatan pemprosesan data berautomasi. |
decoration | hiasan | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Lorekan atau corak yang terdapat pada sesuatu objek atau artifak yang dibuat oleh manusia sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Hiasan dapat dihasilkan dengan menggunakan hematit, digores dan menggunakan acuan. Sebahagian daripada hiasan mempunyai maksud simbolik dan magis. Dalam data arkeologi, hiasan kerap ditemui pada tembikar tanah, monumen keagamaan dan dinding gua. |
data security | keselamatan data | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perlindungan data daripada sebarang pengubahan, pemusnahan, pembongkaran, penafian khidmat atau penghantaran data oleh pengguna tidak sah secara sengaja ataupun tidak sengaja. |
mixed printer's type | fon bercampur | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Fon atau gaya huruf yang mempunyai lebih daripada satu jenis yang dicetak pada sekeping setem sama ada sengaja atau tidak sengaja. |