Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ngat] | سڠت

Definisi : sj alat yg tajam lagi berbisa yg terdapat pd beberapa jenis serangga dan binatang-binatang lain (labah-labah, lipan, kala, ikan keli, dsb), antup; spt lebah, mulut membawa madu, pantat membawa ~ prb perempuan yg elok parasnya dan manis tutur bahasanya tetapi buruk dan jahat kelakuannya; bersengat 1. ada sengatnya; 2. ki disegani (ditakuti dll) orang; menyengat 1. menikam dgn sengat (lipan dll), mengetip dgn sengat: seekor kala jeng-king tanah ~ tapak tanganku; 2. ki tajam (bkn kata-kata, sindiran, dsb), berbisa: kata-katanya ~; sengatan hasil (akibat) drpd perbuatan menyengat: tekanan darah mangsa ~ menurun secara mendadak; penyengat sj serangga yg bersengat; jenis-jenis: Ropalidia spp., Vespa auraria, Provespa anomala dll; memelihara ~ dlm baju prb menaruh musuh dlm rumah tangga sendiri akhirnya tentu akan mendapat kecelakaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ngat] | سڠت

Definisi : alat yg tajam lagi berbisa yg biasa terdapat pd binatang-binatang kecil (spt lebah, lipan, kala). menyengat mengenakan sengat pd; menusuk dgn sengat: Sarang tebuan itu pun pecah dan berkerumunlah tebuan ~ harimau. penyengat berbagai-bagai serangga yg bersengat terutamanya jenis lebah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sengat (kata nama)
Bersinonim dengan antup, tandik, sundak;,
Kata Terbitan : bersengat, menyengat, penyengat,

Puisi
 

Ikan sengat ikan sembilang,
     Tebuk belakang ambil hati;
Kus semangat abang seorang,
     Tolak belakang ada ganti.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Seperti lebah: mulut bawa madu,
     pantat bawa sengat.

Bermaksud :

Seorang perempuan yang elok parasnya dan manis tutur katanya, tetapi kelakuannya jahat.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gergaji sengat parigergaji sengat pariKesenianTiadaGergaji berbentuk sengat ikan pari, digunakan untuk menebuk dalam ukiran tebuk tembus.
stingssengatPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
preoral stingsengat praoralPerikananTiadaTiada
barbed stingsengat berduriPertanianTiadaTiada
aculesakuleusBiologiEntomologi1. Sengat. 2. Spikul kecil bak jarum sayap serangga Lepidoptera. 3 Mikrotrikium
sign of Scorpiotanda Scorpio/tanda AkrabMatematikTiadaLambang kaki dan sengat kala jengking untuk bintang Scorpio.
cuci lubangcuci lubangKesenianTiadaProses meratakan tebukan pada ukiran tebuk tembus dengan menggunakan gergaji sengat pari, kikir pari, pengokot, anak tangga bulat atau anak tangga leper.
alat ukiralat ukirKesenianTiadaAlat yang digunakan untuk mengukir seperti pisau wali, pahat, gergaji sengat pari, cetar, ketam kayu dan sebagainya.
styletstiletBiologiHistologi dan Sitologi1 Apendaj kecil, tajam dan seperti bulu kejur. 2 Bahagian terebra atau sengat yang tidak berpasangan dan terpacak tegak pada selaput stilet. 3 Jari halus bak jarum pada kelisera sesetengah Acarina parasit. 4 Cuaran tajam pada hujung bahagian probosis Metanemertea, yang boleh dibalik-balikkan.
telsontelsonBiologiHistologi dan Sitologi1 Segmen abdomen terminal tak berpasangan pada krustasea dan udang ketak (Limulus). 2 Spina kauda atau sengat yang bengkok pada kala jengking. 3 Segmen ke-12 pada abdomen Protura dan embrio sesetengah serangga.
12

Kembali ke atas