uranium | uranium | Kimia | Tiada | Unsur logam radioaktif dalam siri aktinid dan ahli kumpulan IIIB (atau 3) jadual berkala, simbol U, nombor atom 92, berat atom 238.029, nombor pengoksidaan +3, +4, +5 dan +6, takat lebur 1132°C, takat didih 3818°C, berbentuk pepejal berat, berwarna putih, mulur, tertempakan, sangat elektropositif, pengalir elektrik yang lemah, dan terdapat tiga isotop radioaktif, iaitu U-234, U-235 dan U-238; U-235 mempunyai setengah hayat 7.1 x 108 tahun dan isotop U-238 mempunyai setengah hayat 4.5 x 109 tahun. Uranium diekstrak daripada bijih pitch-blend, uraninit, dan karbotit. Unsur ini digunakan sebagai sumber isotop U-235, sumber plutonium, senjata nuklear dan dalam penjanaan kuasa elektrik. |