Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (séntak); menyentak 1. menarik kuat-kuat, merengkuh, merenggut: di­sentak-nya nyiur gading dr mulut ular itu dgn tangan kiri; 2. menarik dgn pantas (keris, pedang, dll), mencabut, menyendal: maka Terung Pipit disentaknyalah keris panjang, dilambungnya naik ke perahu; 3. menarik (mengecut, mengendur) dgn tiba-tiba: mesti-lah ada sebab otot itu ~ semasa tersentuh pd tembaga atau besi; tersentak 1. tertarik dgn kuat, terpiuh; 2. tersedar (drpd tidur, lamunan, dll) dgn tiba-tiba, terperanjat: laki-laki bermuka cengkung itu ~ drpd khayalannya; sentap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : I Jw; menyentak kuat dan keras (suara orang marah dll): walaupun suaranya itu ~, tetapi saya tidak begitu terkejut; menyentakkan menengking, mengherdik: tiba-tiba suara bapa dlm kamar menyentak-kan kami. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : PI sj penyakit (kaku kaki tangan dgn tiba-tiba dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /séntak/; menyentak menarik kuat-kuat dgn pantas; merenggut; menyentap: Hang Tuah telah ~ keris Taming Sari dr pinggang Hang Jebat. tersentak 1 tertarik kuat-kuat; ter­cabut. 2 terjaga atau tersedar dgn tiba-tiba. sentakan hal atau hasil menyentak; tarikan keras; renggutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sentak
Kata Terbitan : menyentak, tersentak,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
stutter rationisbah sentakSains ForensikTiadaNisbah antara puncak sentak dengan puncak alel induk dalam elektroferogram. Lihat juga sentak.
stuttersentakSains ForensikTiadaArtefak yang diakibatkan oleh kesilapan penyalinan templat DNA semasa tindak balas rantai polimerase (PCR). Sentak menghasilkan fragmen yang kurang satu unit ulangan. Kewujudan sentak boleh mengelirukan penaksiran data DNA forensik khususnya dalam sampel yang mengandungi DNA campuran lebih daripada seorang individu. Lihat juga artefak.
recoilsentakKejuruteraanTiadaSentak: Sesaran suatu atom disebabkan oleh pemancaran zarah atau kuantum sinaran.
four-in-hand knot (necktie)simpul sentak (tali leher)KesenianTiadaTali leher daripada fabrik potong serong dan berlapik, diikat dengan menggunakan ikatan simpul sentak supaya bahagian hujungnya berjuntai dan bertindih. Diperkenalkan pada tahun 1890.
recoilsentakPerubatanTiadaTiada
jerksentakPerikananTiadaPerbuatan menarik tali pancing dengan pantas apabila terdapat tanda-tanda umpan telah disambar ikan. Sinonim sentap.
muscle twitchsentak ototFizikTiadaTiada
jerksentakan; sentakPendidikanTiadaTiada
jiggling (jiggle)sentakPerubatanTiadaTiada
twitch (muscle)sentak (otot)PerubatanTiadaTiada
12345

Kembali ke atas