pilot light | api pandu | Kejuruteraan | Tiada | Penunu gas kecil yang sentiasa menyala yang digunakan untuk menyalakan penunu utama apabila diperlukan. |
pilot light | api pandu | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Penunu gas kecil yang sentiasa menyala yang digunakan untuk menyalakan penunu utama apabila diperlukan. |
active arc | lengkok giat | Mekanik | Gunaan | Bahagian lengkok sentuh tali sawat berlakunya penyusutan bagi nilai tegangan ecara beransur-ansur, iaitu daripada nilai tegangan ketat kepada nilai tegangan kendur. Lengkok giat sentiasa lebih kecil daripada lengkok sentuh. Lihat juga lengkok sentuh lengkok melahu. |
fixed ground water | air tanah tetap | Geologi | Tiada | Air tanah di dalam bahan yang mempunyai ruang antara yang kecil sehingga airnya sentiasa tertahan di dinding ruang antara dan biasanya tidak dapat digunakan sebagai sumber air untuk pengepaman. |
ideal machine | mesin unggul | Mekanik | Gunaan | Mesin yang mempunyai kecekapan 100%, iaitu kerja keluarannya sama dengan kerja masukkannya. Mesin unggul merupakan suatu khayalan yang digunakan untuk tujuan perbandingan kerana mesin ini tidak dapat wujud dalam keadaan sebenar (dalam keadaan sebenar, geseran sentiasa wujud untuk melakukan kerja negatif dan mengurangkan kecekapan mesin; maka kerja keluaran sentiasa lebih kecil daripada kerja masukkan). |
fractus | fraktus | Sains | Hidrometeorologi | Spesies awan yang unsurnya tidak teratus, tetapi umumnya berukuran kecil, tampak bergirigi, dan terurai seperti bersobek-sobek. Semua ciri tersebut sentiasa berubah, sering kali secara cepat. Fraktus stratus hanya terjadi pada genus kumulus dan stratus. |
fractus | fraktur | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Spesies awan yang unsurnya tidak teratur, tetapi umumnya berukuran kecil, tampak bergerigi, dan terurai bersobek-sobek. Semua ciri tersebut sentiasa berubah, sering kali secara cepat. Fraktus stratus dapat dibezakan daripada fraktus kumulus oleh ukuran tegaknya yang lebih pendek, warnanya yang lebih gelap dan oleh penyebaran zarahnya yang lebih luas. Fraktus kumulus serupa dengan awan kumulus yang bergerigi. Spesies fraktus hanya terdapat pada genus kumulus dan stratus. Lihat pengelasan awan. |
stomach | perut | Veterinar | Tiada | Organ pencernaan haiwan monogaster yang terletak di antara esofagus dengan usus. Organ ini mampu berubah saiz dan bentuk kerana ia dibina oleh otot yang sentiasa mengecut dan santai. Digesta disimpan buat sementara waktu di dalam organ ini sebelum dihantar ke usus kecil. Di samping itu, organ ini berfungsi dalam peringkat awal pencernaan digesta. Lapisan dalam organ ini merembeskan jus gastrik yang bersifat asid dan mencampurkan makanan hingga sebati melalui pengecutan otot. Pada ternakan ruminan, organ ini terbahagi kepada empat iaitu rumen, retikulum, omasum dan abomasum. Digesta daripada rumen akan mengalami peregurtitatan, dikunyah semula dan ditelan ke dalam rumen. |
external gearing | penggearan luar | Mekanik | Gunaan | Proses pemacuan gear melalui sentuhan luar, iaitu gigi-gigi yang bersentuhan semuanya berada di bahagian luar roda gear. Roda yang lebih besar dinamai gear taji dan yang kecil dinamai pinion. Dalam penggearan luar, kedua-dua gear berkenaan sentiasa berputar pada hala yang berlawanan. |
propping agent | agen penyangga | Kejuruteraan | Petroleum | Bahan berbutir yang disuntikkan bersama-sama bendalir peretak untuk mempertahankan retakan yang terjadi supaya sentiasa dalam keadaan terbuka setelah bendalir peretak dikeluarkan dari formasi. Dengan ini kekonduksian retakan yang terjadi tetap berada pada tahap yang baik. Antara bahan-bahan yang umumnya digunakan adalah pasir atau kulit buah-buahan yang keras serta kecil dan bulat. Rujuk bendalir peretak; kekonduksian retakan. |