palaeobotany | paleobotani | Geografi | Tiada | Kajian saintifik kehidupan tumbuhan pada sepanjang masa geologi berdasarkan catatan fosil. |
hyperendemic | hiperendemik | Perubatan | Tiada | Berkaitan dengan penyakit yang berlaku sepanjang masa dengan kadar yang tinggi pada sesuatu kawasan. |
dead load | beban mati | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Beban yang dikenakan sepanjang masa ke atas suatu struktur binaan. Beban ini termasuklah berat sendiri dan berat anggota lain yang disokong. |
permanent spring | mata air kekal | Geografi | Tiada | Mata air yang mengalir sepanjang masa. |
life annuity | anuiti hayat | Ekonomi | Tiada | Anuiti yang dibayar kepada pewaris sepanjang masa hidupnya. Pembayaran tersebut akan terhenti apabila pewaris itu meninggal dunia. |
faunal succession | turutan fauna | Geologi | Tiada | Jujukan kronologi cerapan tentang bentuk kehidupan sepanjang masa geologi. |
hot standby | tunggu sedia panas | Teknologi Maklumat | Tiada | Peralatan sokongan yang bersedia sepanjang masa untuk operasi sekiranya berlaku kegagalan sistem. |
plane polarized | terkutub secara satah | Fizik | Optik | Gelombang elektromagnet yang vektor medan elektriknya sepanjang masa berada pada satah tetap yang mengandungi arah perambatan menerusi media isotropik homogen. |
Computer Emergency Response Team | Pasukan Tindakan Kecemasan Komputer | Teknologi Maklumat | Tiada | Organisasi yang menyediakan perundingan keselamatan sepanjang masa sebagai khidmat untuk pengguna internet. Ia juga menasihati pengguna tentang program virus baru dan sebarang ancaman keselamatan. |
motor drive timer | pemasa pacuan motor | Teknik | Elektrik | Suis pemasa yang dikendalikan oleh motor yang berputar sepanjang masa. |