conquistador | konkuistador (penakluk Sepanyol) | Sejarah | Tiada | Pemimpin Sepanyol yang berjaya menakluk Mexico dan Peru dalam abad ke-16. |
zarzuela | zarzuela | Kesusasteraan | Tiada | Teater opera di Filipina yang berasal dari Sepanyol. Pada peringkat permulaan, zarzuela dipersembahkan di Filipina dalam bahasa Sepanyol dan meniru persembahan dari negara tersebut. Seterusnya, skrip zarzuela ditulis dalam bahasa Tagalog. Zarzuela mempersembahkan cerita yang bertemakan politik dan permasalahan sosial. Namun, terdapat juga persembahan yang menyentuh permasalahan kehidupan keluarga dan percintaan. Bentuk teater ini dibawa ke Filipina oleh Dario Cespedes, iaitu seorang penyair dan dramatis Sepanyol. |
Gatepac | Gatepac | Kesenian | Seni Bina | Kumpulan arkitek yang ditubuhkan pada tahun 1930-an di Sepanyol. Gerakan ini membawa gagasan pembaharuan di Sepanyol. Ahli-ahlinya terdiri daripada Antoni Bonet Castellana, Josep Torres Clave, Josef Manual Aizpurua, Josep Luis Sert, Fernando Garcia Mercadal dan Sixte Illescas. |
tertulia | tertulia | Kesusasteraan | Tiada | Sejenis salon sastera Sepanyol yang menggantikan akademi sastera formal pada abad ke-18. Salon tertulia juga wujud di Filipina, khususnya dalam kalangan elit yang mendapat pendidikan Sepanyol. Majlis tertulia Filipina yang tipikal sebelum Perang Dunia Kedua digambarkan dengan jelas dan menarik dalam drama tersohor berjudul A Portrait of the Artist as Filipino oleh Nick Joaquin. Tertulia dipercayai berasal daripada perkataan tertuliantes bermaksud �golongan berpelajaran atau paderi dalam kalangan penggemar teater�. Golongan ini dikenali sebagai tertuliantes kerana sering memetik kata-kata Tertulian, salah seorang pengarang unggul Kristian yang menulis dalam bahasa Latin. Beliau menulis karya berjudul Apologeticus serta beberapa karangan tentang kehidupannya sebagai seorang Kristian. Selain itu, tertulia merupakan tempat duduk utama yang terletak pada bahagian atas atau galeri di dalam teater. |
Moorish garden | taman Moor | Landskap | Tiada | Kawasan berlandskap yang menyerupai seni bina taman Islam di Sepanyol. Taman ini berbentuk geometri, berdinding batu dan mengandungi elemen seperti kolam, pokok limau dan sipres. Contohnya, Taman Alhambra di Sepanyol. |
golilla | kolar golila | Kesenian | Tiada | 1. Kolar kembang putih yang berkanji dipakai oleh majestrit Sepanyol.,2. Sangga putih lebar atas valona yang dibuat daripada bahan keras atau kad yang dibalut dengan fabrik sutera atau tapeta. Popular di Sepanyol pada tahun 1620 dan 1650. |
Espagnole sauce | sos Sepanyol | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sos daripada demi-glas dan sos perang yang sama sukatannya, direneh sehingga menjadi setengah. |
Hispanic America | Amerika-Sepanyol; Amerika Latin | Sejarah | Tiada | Tiada |
Hispano-Italian | Itali-Sepanyol | Sejarah | Tiada | Tiada |
Spanish Armada | Armada Sepanyol | Sejarah | Tiada | Tiada |