normative economics | ekonomi normatif | Ekonomi | Tiada | Cabang ekonomi yang menggunakan pertimbangan nilai tentang barang dan perkhidmatan yang sepatutnya dikeluarkan supaya memenuhi keperluan masyarakat, bagaimana kaedah pengeluaran sepatutnya dijalankan dengan lebih cekap, dan kepada siapa barang dan perkhidmatan sepatutnya diagihkan supaya perkhidmatan lebih adil dan saksama. Misalnya, ekonomi kebajikan. |
syndrome of inappropriate antidiuretic hormone secretion | sindrom penghasilan hormon antidiuresis tak sepatutnya (SIADH) | Perubatan | Tiada | Kumpulan gejala yang disebabkan oleh penghasilan hormon antidiuresis (ADH) yang berlebihan daripada yang sepatutnya. Keadaan ini merupakan komplikasi penyakit tertentu seperti meningitis, pneumonia dan kecederaan kepala. Ciri-cirinya ialah sembab, tekanan darah yang tinggi, osmolaliti serum rendah, osmolaliti urin yang tinggi serta pengeluaran urin yang sedikit dan pekat. Kaedah rawatannya adalah dengan mengurangkan pemberian cecair kepada pesakit di samping merawat penyakit yang menyebabkannya. |
haplography | haplografi | Kesusasteraan | Tiada | Penyusutan yang terjadi pada susunan huruf dalam satu perkataan yang sepatutnya diulang tetapi disebut hanya sekali . Contoh: dalam Adat Raja-raja Melayu terdapat kata kedukan sepatutnya kedudukan. |
delayed eruption | pengeruptan lewat | Pergigian | Tiada | Pertumbuhan gigi daripada gusi yang lewat daripada masa sepatutnya keluar. Biasanya setiap gigi akan erupt mengikut umur tertentu dan jika erupt melebihi dua tahun daripada usia yang sepatutnya akan dikatakan pengeruptan lewat. Contohnya, gigi molar kekal pertama akan erupt pada usia enam hingga tujuh tahun tetapi jika erupt pada umur sembilan tahun pengeruptan lewat telah berlaku. Punca pengeruptan lewat sebenar tidak dapat dipastikan tetapi mungkin disebabkan halangan seperti akar gigi yang tertinggal, kehadiran gigi supernumerari atau tisu berfiber pada laluan pengeruptan gigi tersebut. |
early eruption | pengeruptan awal | Pergigian | Tiada | Pertumbuhan gigi daripada gusi yang awal sebelum masa sepatutnya gigi keluar. Biasanya setiap gigi akan erupt mengikut umur tertentu dan jika erupt kurang dua tahun dari usia yang sepatutnya akan dikatakan pengeruptan awal. Contohnya, gigi molar kekal pertama akan erupt pada usia enam hingga tujuh tahun tetapi jika erupt pada umur empat tahun pengeruptan awal telah berlaku. Punca pengeruptan awal sebenar tidak dapat dipastikan tetapi boleh dikaitkan dengan keadaan seperti sindrom Ellis-van Creveld. |
aileron reversal | balikan aileron | Aeroangkasa | Tiada | Tindak balas aileron yang menghasilkan kawalan yang berlawanan arah dengan yang sepatutnya. Ini menyebabkan gerakan sisi pesawat berlawanan dari apa yang dikehendaki oleh juruterbang.,Tindak balas aileron yang menghasilkan kawalan yang berlawanan arah dengan yang sepatutnya. Ini menyebabkan gerakan sisi pesawat berlawanan dari apa yang dikehendaki oleh juruterbang. |
improperly or wrongfully withheld | dengan tidak sepatutnya atau dengan salahnya | Undang-undang | Tiada | Tiada |
rated speed | laju kadaran | Sosiologi | Tiada | Laju yang sepatutnya dijalankan oleh mesin. |
accrued interest | faedah terakur | Pentadbiran | Tiada | Faedah yang sepatutnya diterima tetapi belum lagi diterima bagi tempoh perakaunan. |
partial pressure | tekanan separa | Fizik | Haba | Tekanan yang sepatutnya dihasilkan oleh salah satu komponen campuran gas apabila gas itu sahaja yang wujud di dalam bekas tersebut. |