Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
seperti (kata tugas)
Bersinonim dengan laksana, ibarat, umpama, bak, bagaikan, macam, serupa.,

Puisi
 

Orang Kedah timbang neraca,
     Seperti dacing negeri Kelantan;
Kalau sudah nasib kaca,
     Terikat di cincin dikata intan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sehari kahwin,
     sehari tua;
sehari beranak,
     sehari gila.

Bermaksud :

Orang muda yang sudah kahwin dianggap sudah masuk golongan tua (fikiran dan kelakuan), pada waktu dapat anak gembiralah ia seperti gila.

 

Lihat selanjutnya...(19)

35

A bird in the hand is worth a hundred flying

Sesuatu yang sudah dimiliki adalah lebih baik. Oleh itu, jangan dikejar sesuatu yang meskipun lebih baik tetapi belum pasti kita mendapatnya kerana takut-takut yang ada terlepas pula.

Mendengarkan guruh di langit, air tempayan dicurahkan

We decided simply to accept the offer even though it was not what we expected. People said that we might get better offers if we waited a little longer, but a bird in the hand is worth a hundred flying . Since the economy was in a bad shape, it was unwi

Kami memutuskan untuk menerima sahaja tawaran itu meskipun tidaklah seperti yang kami harapkan. Kata orang, kemungkinan ada tawaran yang lebih baik jika kami menunggu sedikit masa lagi, tetapi kami tidak mahu mendengarkan guruh di langit, air tempayan d

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(10)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
modern statenegara modenPentadbiranPentadbiran Awam

Pemerintah yang sudah mencapai tahap kemajuan yang tinggi, mengamalkan pembahagian kerja dan sistem hierarki yang tersusun serta birokrasi yang cekap. Pemerintah atau negara ini sudah beranjak dari tahap tradisional kepada tahap yang moden berteraskan sains dan teknologi. Bidang kuasanya dibahagikan kepada tiga badan utama, iaitu legislatif, eksekutif dan kehakiman. Pentadbiran dalam pemerintahan menekankan kecekapan, motivasi dan mempunyai matlamat atau sasaran yang sudah ditetapkan. Perincian tugas pelbagai bahagian dalam birokrasi ini dibuat secara sistematik bagi mengelak pertindanan tugas. Nilai urus tadbir yang baik, akauntabiliti dan transparensi ditekankan dalam pemerintahan moden bagi mengelakkan nilai negatif seperti korupsi, penyalahgunaan dan pengumpulan kuasa.

Universal Time O (UTO)Waktu Universal OMatematikTiadaWaktu putaran bumi yang sudah diperbetul seperti yang diukur dengan transit bintang merentasi meridian pencerap. Putaran ini dirujuk sebagai tanda fidusial pada ekliptik yang hampir sama dengan kedudukan matahari min.
frog eye diseasepenyakit mata katakBiologiPatologiPenyakit daun tembakau, terutama sekali yang sudah tua, yang menunjukkan gejala nekrosis dengan bahagian tengah berwarna putih seperti mata katak.
evolved starbintang evolusiMatematikTiadaBintang, seperti bintang raksasa atau kerdil putih, yang sudah melewati peringkat jujukan utama evolusinya.
rough sawn timberkayu gergaji kasarPerhutananSains Kayu dan Hasil Hutan1. Kayu yang sudah digergaji, yang padanya belum dilakukan sebarang proses kemasiapan, seperti pengetaman atau pengumaian. 2. Kayu balak yang belum dibuang kulitnya.
iconarca; ikonKesenianTiada1. Imej suci atau keramat bagi sesuatu agama dalam bentuk lukisan atau patung.,2. Imej kegemaran, yang sudah begitu biasa pada seseorang hingga boleh dijadikan lambang pada sesuatu seperti ukiran pada kayu.
graveyard marketpasaran buntuPentadbiran PerniagaanTiadaKeadaan pasaran yang kelihatan seperti tempat pengebumian. Pelabur yang sudah berada di dalamnya tidak boleh keluar dan pelabur yang di luar pasaran pula adalah bearis dan pelabur yang rugi tidak sanggup lagi merealiskan kerugiannya dan yang di luar pula lebih baik memegang tunai.
bear scratchcakar beruangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanCorak yang dihasilkan akibat kerekotan ira kayu. Pada kayu yang sudah dikemas siap, corak ini kelihatan seperti bentuk mata memanjang yang menarik.
penghubunganpenghubunganKesenianTiadaProses menyambungkan benang lungsin atau benang pakan yang putus sebelum atau semasa ditenun atau menyambungkan benang lungsin baru pada baki benang lungsin yang sudah ditenun untuk mengelakkan proses kerja awal menenun seperti menyampak atau mengarat untuk meneruskan helaian lain.
charcoal rootbusuk arangBiologiPatologiPenyakit, misalnya pada kapas yang disebabkan oleh kulat Macrophomina phaseolina. Gejala ialah layu mendadak yang menyeluruh pada daun yang sudah tua dan berkembang ke atas, kemudian diikuti dengan perubahan warna menjadi kuning dan luruh. Batangnya hitam seperti arang dan akhirnya pokok mati. Sering terdapat bintik hitam pada bahagian terjangkit yang merupakan jasad buah kulat tersebut.
1234

Kembali ke atas