air strike | serangan udara | Sains Politik | Tiada | Tiada |
air raid shelter | perlindungan serangan udara | Kesenian | Tiada | Tiada |
blitzkrieg | blitzkrieg | Sains Politik | Tiada | Serangan kilat khususnya serangan udara ketika perang. |
antiaircraft frigate (A/A) | frigat antipesawat udara | Pelayaran | Tiada | Kapal perang yang berperanan melawan serangan daripada pesawat udara. |
aerial bombardment | pengeboman dari udara | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Serangan yang menggunakan pesawat atau peluru berpandu jarak jauh terhadap sasaran di bumi. Negara yang melakukan pengeboman dari udara hendaklah mematuhi undangundang kemanusiaan antarabangsa. Hanya objek ketenteraan yang boleh disasarkan, manakala objek sivil tidak boleh disasarkan. Penggunaan bom atom, bom nuklear atau bom berangkai yang tidak boleh membezakan antara penempur dengan orang awam adalah antara jenis senjata yang dilarang. |
agriculture anomaly | anomali pertanian | Pertanian | Agroteknologi | Keadaan luar biasa yang berlaku kepada tanaman atau tanah akibat beberapa faktor seperti perubahan cuaca, pencemaran air atau udara, jangkitan penyakit dan serangan serangga perosak. Contohnya, cuaca yang terlalu lembap boleh menjejaskan penghasilan buah-buahan seperti mangga. |
airborne early warning | amaran awal udara | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Sistem radar udara yang menggunakan kapal terbang untuk mengesan pesawat lain. Kaedah ini digunakan pada altitud yang tinggi yang membolehkan radar mengesan dan mengenal pasti pesawat musuh atau bukan musuh. Amaran awal ini digunakan untuk tujuan operasi serangan dan pertahanan. Contoh sistem amaran ini ialah Boeing AWACS dan Northrop Grumman E-2 Hawkeye. |
military sanction | sanksi ketenteraan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Tindakan oleh tentera udara, laut atau darat di bawah kelolaan Majlis Keselamatan PBB bagi mengekalkan atau mengembalikan keamanan atau keselamatan antarabangsa. Tindakan ini termasuklah sekatan, pengepungan dan demonstrasi ketenteraan. Demonstrasi ketenteraan merujuk kepada serangan atau mempamerkan kekuatan bagi tujuan memperdayakan musuh. Sanksi ketenteraan hanya boleh dilakukan jika sanksi ekonomi, diplomatik dan komunikasi tidak berkesan. Sanksi ketenteraan merupakan sebahagian daripada sistem keselamatan bersama yang diperuntukkan oleh Bab VII Piagam PBB. Oleh sebab PBB tidak mempunyai angkatan bersenjatanya sendiri, negara anggota hendaklah menyumbang tentera bagi tujuan ini. Contohnya, sanksi ketenteraan yang dikenakan ke atas Iraq kerana melanggar Piagam PBB dengan menakluki Kuwait pada 1990. Sanksi ketenteraan mampu menjadikan negara yang disasarkan kurang agresif seperti apa yang telah berlaku kepada Iraq. |
silage | silaj | Pertanian | Agronomi | Makanan ternakan berasaskan daun atau rumput yang dipadatkan dan ditempatkan di dalam bekas kedap udara, supaya proses penapaian anaerobik dapat berlaku. Proses ini merendahkan pH bahan itu untuk mengelakkannya daripada serangan kulat dan bakteria. Silaj mengambil masa lebih kurang 21 hari untuk disempurnakan. |
anti-ballistic missile | peluru berpandu antibalistik | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Sistem pemintas peluru berpandu balistik antara benua (ICBM). Peluru berpandu antibalistik yang mempunyai radar ini merupakan rangkaian pertahanan untuk melindungi kawasan sasaran sesebuah negara daripada serangan peluru berpandu musuh. Walau bagaimanapun, sistem pertahanan ini masih terdedah kepada beberapa langkah balas pihak lawan khususnya melalui tindakan serangan terlebih dahulu terhadap pihak musuh. Kelemahan yang terdapat dalam sistem pertahanan peluru berpandu antibalistik ini membawa kepada termeterainya perjanjian peluru berpandu antibalistik pada tahun 1972. Pembangunan teknologi pertahanan yang berasaskan ruang udara sekitar 1980-an telah berkembang dengan berupaya memusnahkan peluru berpandu di ruang udara sebelum memasuki atmosfera bumi. Contoh penggunaan peluru berpandu antibalistik adalah semasa Perang Dunia Kedua, iaitu Amerika Syarikat dan British melancarkan tindakan memintas peluru berpandu antibalistik V-1 milik Jerman. |